Isnin, 26 Oktober 2015

13 cawangan Umno desak Najib undur kes terpencil, kata KJ

Anne Muhammad

 


Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyifatkan tindakan 13 cawangan Umno dalam bahagian Telok Kemang yang mendesak presiden parti Datuk Seri Najib Razak secara terbuka meletakkan jawatan adalah isu terpencil.

Ketua Pemudanya Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata sememangnya sukar untuk mendapatkan suara seratus peratus dalam mana-mana organisasi.

“Ini perkara saya rasa sudah dijawab oleh Ketua Umno Telok Kemang, Tan Sri Isa Samad bahawa ini adalah kes terpencil yang tidak menggambarkan keadaan sebenar di Umno Bahagian Telok Kemang.
“Kalau nak kira kita dah ada 20,000 lebih cawangan dalam Umno. Kalau kita nak dapat 100 peratus sangat-sangat luar biasa.

“Saya rasa 13 (cawangan Umno) daripada 20,000 walaupun kita tidak mahu perkecilkan sokongan Telok Kemang yang telah diperjelaskan oleh Ketua Umno Bahagian Telok Kemang Tan Sri Isa Samad,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Pemuda di PWTC petang tadi.

Sebelum ini 13 cawangan Umno dalam bahagian Teluk Kemang, Negeri Sembilan menggesa supaya Najib meletakkan jawatan.

Ketua Cawangan Taman TKK, Kamarul Azman Habibur Rahman yang mengetuai kumpulan itu berkata, sebagai pemimpin akar umbi beliau tidak berniat untuk menghukum presiden parti berhubung isu yang melanda negara ketika ini.

Sebaliknya, pengunduran Najib perlu dilakukan bagi memastikan Umno tidak menjadi mangsa keadaan oleh pengundi pada pilihan raya umum akan datang.

Isa bagaimanapun mengesahkan Umno Bahagian Telok Kemang tetap memberikan sokongan terhadap Najib selaku Presiden Umno.

Tiada ulasan: