Senarai Punca Status BR1M 2015 Gagal dan
Tidak Berjaya? Hantar Permohonan Rayuan BRIM 2015! Ramai yang
sebenarnya mengharapkan status permohonan BRIM 2015 mereka diterima
apabila mereka semak keputusan BR1M 2015. Sudah ada cakap-cakap yang
mempertikaikan bagaimana cara penentuan penerima BRIM 2015 apabila ada
kalangan kenalan, kaum kerabat yang jauh “lebih mampu” daripadanya boleh
dapat, sedangkan ada yang tidak berkemampuan dan “lebih berhak” masih
atau belum tidak dapat lagi. Berapa ramai kalangan pemohon BRIM 2015
berhadapan dilema seperti ini?
Kepada yang masih yang belum hantar
permohonan dan kemaksini BRIM 2015 masih ada harapan, anda masih lagi
ada kesempatan kerana ruang permohonan maish lagi dibuka sehingga 30
Januari 2015.
KLIK SINI : Semakan BR1M 2015 BR1M 4.0 Online Malaysia. Daftar Kemaskini
BRIM 2015
Punca Semakan Status BRIM 2015 Gagal dan Ditolak?
- Anda tidak mengisi borang permohonan dan kemaskini BRIM 2015 dengan lengkap samada secara online ataupun manual.
- Gaji dan pendapatan yang anda terima melepasi syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia
- Nama anda telah diletakkan sebagai tanggungan dalam borang permohonan BR1M 2015 yang telah diterima pihak LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri)
- Anda telahpun hantar permohonan Buku 1Malaysia (BB1M)
- Tidak meletakkan nama isteri ataupun suami anda, sedangkan anda ketika anda memohon, anda mengaku sudah berkahwin
- Gagal senarai nama yang anda tanggung walaupun anda memohon atas dasar memabntu ibu atau bapa tunggal
- Anda didapati meletakkan no kad pengenalan yang tidak sah atau nama yang tidak tepat melalui semakan sistem Jabatan pendaftaran Negara (JPN)
- Anda telah hantar permohonan BR1M 4.0 lebih daripada sekali
- Ada lagi yang anda ingin tambah?
Dan jika anda sebenarnya memang layak
untuk dapat duit BRIM tetapi dek kerana sebab-sebab teknikal yang
menyebabkankan permohoann anda gagal dan tidak berjaya. Oleh itu itu,
anda digalakkan untuk daftar rayuan BRIM 2014 (BR1M 2015). Caranya?
Cara Hantar Permohonan Rayuan BRIM 2015
- Anda boleh terus pergi ke mana-mana cawangan LHDN yang berdekatan dan dalam pada masa yang sama, kepilkan apa sahaja dokumen sokongan termasuk penyata gaji dan pendapatan anda sebulan serta tanggungan yang boleh menyokong permohonan rayuan BRIM 2015 anda
- Selepas itu, pihak LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) dan 10 agensi lain yang berkaitan seperti Bank negara Malaysia (BNM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan semak semula permohonan rayuan BR1M 2015 anda. Moga-moga berjaya.
- Pastikan juga anda kemukakan juga surat bertulis kepada LHDN
- Nantikan semakan keputusan rayuan BRIM 4.0 anda.
P/S : Tahniah kepada yang berjaya.
Kepada yang gagal cuba sekali lagi hantar permohonan rayuan BRIM 2015
anda supaya dipertimbangkan untuk kali yang kedua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan