Jumaat, 16 Januari 2015

Ahli perniagaan Malaysia salah rasuah di AS

FREE MALAYSIA TODAY

Mengaku memberi rasuah kepada beberapa orang pegawai tentera laut AS membabitkan wang tunai berjumlah AS$500,000


Leonard Glenn Francis, 51


SAN DIEGO, AS: Seorang ahli perniagaan Malaysia mengaku bersalah terhadap tuduhan rasuah dan melakukan penyelewengan melibatkan pegawai tentera laut Amerika Syarikat (AS) di Mahkamah Persekutuan di sini.

Tertuduh, Leonard Glenn Francis, 51, mengaku memberi rasuah kepada beberapa orang pegawai tentera laut AS membabitkan wang tunai berjumlah AS$500,000 (RM1.6 juta) selain menanggung kos khidmat pelacuran, hotel dan beberapa kos lain.

Glenn Francis yang merupakan Ketua Eksekutif syarikat penyelenggaraan kapal, Glenn Defense Marine Asia yang beribu pejabat di Singapura didakwa memberi rasuah bagi mendapatkan maklumat rahsia tentang operasi kapal tentera AS di Lautan Pasifik.

Tindakan itu bertujuan membolehkan syarikatnya memenangi kontrak bernilai ratusan juta dolar dalam aspek penyelenggaraan dan logistik kapal perang AS.

Kes tersebut merupakan skandal rasuah terbesar dalam sejarah tentera laut AS selepas tertuduh mengaku mengaut keuntungan kira-kira AS$20 juta (RM71.65 juta) dengan mengenakan caj berlebihan terhadap perkhidmatan asas, minyak dan makanan.

Tiada ulasan: