THE MALAYSIAN INSIDER
Lapan
penumpang maut apabila bas persiaran yang mereka naiki terbakar selepas
terbabas di Kilometer 326.3 Lebuhraya Utara- Selatan arah selatan
berhampiran Tol Tapah awal pagi ini.
Ketua Polis Daerah Tapah Superintenden Som Sak Din Keliaw berkata nahas
pada pukul 1.15 pagi itu menyebabkan 21 penumpang lain cedera dengan 15
daripada mereka parah sementara dua lagi selamat.
Beliau berkata mayat mangsa dan penumpang yang cedera dihantar ke Hospital Tapah.
"Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu bas cuba mengelak tayar
di tengah jalan dan ini menyebabkan bas tersebut terbabas ke dalam parit
di bahagian kiri lalu terbakar," katanya di lokasi kejadian.
Ketika kejadian, bas persiaran berkenaan membawa 30 penumpang dari
Kuala Kurau ke Cameron Highlands dan polis kini menyiasat kemungkinan
seorang lagi penumpang yang masih hilang turut menaiki kenderaan itu.
Senarai mangsa yang maut dikenali sebagai Lim Soo Lan, 59; Tan Ah Ba,
65; Tan Chan Hing, 49; Aw Ah Poh, 56; Tan Ah Baa, 64; Ong Ah Yook, 58,
Sin Ah Guat, 54 dan Jayagunasgaran Mariapen, 40.
Manakala pemandu bas belum diperoleh identitinya lagi. – Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan