Rabu, 21 Januari 2015

15 Pelajar Cedera, Van Sekolah, Bas Berlanggar


MSTAR ONLINE


Perlanggaran van sekolah dengan bas mengakibatkan 15 pelajar cedera ringan dalam kejadian pagi Rabu.
 
 
 
JOHOR BARU: Sebuah van sekolah yang membawa 15 pelajar terbabas selepas berlanggar dengan bas di persimpangan Jalan Tembikai Utama, Pasir Gudang di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Abdul Samad Salleh berkata, bas berkenaan sedang membelok dari persimbangan itu untuk masuk ke jalan utama apabila bertembung dengan van terbabit.

Ketika kejadian pada pukul 10 pagi itu, katanya, van sekolah berkenaan dalam perjalanan dari arah Jalan Nenas Utama.

"Pelanggaran kedua-dua kenderaan itu menyebabkan van sekolah itu terbalik ke tepi," katanya ketika dihubungi sambil menambah pelajar yang menaiki van itu dalam perjalanan ke kelas agama di Sekolah Agama Kota Masai.



Semua pelajar mengalami cedera ringan dan dibawa ke Hospital Sultan Ismail untuk mendapatkan rawatan pesakit luar.

Tiada ulasan: