SHAH ALAM - Kegagalan Umno Selangor merampas pemerintahan negeri
daripada Pakatan Rakyat (PR) selama dua penggal, disifatkan sebagai malu
besar kepada pimpinan tertinggi negeri itu.
Malah, jawatan Pengerusi Umno Selangor yang dipegang Datuk Seri Noh Omar, dikatakan perlu ditukar kepada pemimpin lain yang lebih berkaliber sekali gus memberi peluang kepada wajah baru memegang kerusi tertinggi parti itu di negeri ini.
Penganalisis Politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata, Umno Selangor sememangnya perlu melalui proses rombakan semula bagi memastikan kekuatan parti itu mampu digapai semula dan tidak perlu lagi terlalu mengharap dengan pemimpin sedia ada.
“Kalau saya jadi beliau (Noh) saya akan rasa malu kerana gagal rampas Selangor dari PR dua penggal berturut-turut. Saya cadangkan, berilah jawatan itu kepada orang lain.
“Saya juga sangat setuju dengan kenyataan yang dibuat Tun (Dr) Mahathir, apa yang beliau sarankan itu memang betul dan sepatutnya dilakukan Umno Selangor,” katanya kepada Sinar Harian.
Khamis lalu, bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta supaya Umno Selangor membuat pembubaran dan dan penyusunan semula termasuk menerima ahli baru yang berbakat.
Menurutnya, ahli baru perlu ditapis bagi mengelakkan kewujudan makhluk perosak yang ingin memperalat parti itu untuk agenda peribadi.
“Umno Selangor sangat terdesak ketika ini dalam membuat perubahan pemimpin dan sepatutnya, pemimpin yang sedia ada ini diganti dengan muka-muka baru yang lebih relevan, bukanlah bermakna pemimpin muda itu perlu, tetapi Selangor perlukan pemimpin yang lebih bertanggungjawab dan mempunyai imej yang bersih dan segar.
“Kalau boleh, biarlah pemimpin baru itu juga mempunyai integriti, jujur, amanah dan yang paling penting tidak terlalu tergila-gilakan jawatan,” kata Atory.
Tambahnya, dengan beberapa teguran yang sudah diterima Umno Selangor, beliau berharap agar kepimpinan parti itu mampu melakukan perubahan drastik supaya imej Umno Selangor tidak terus tercalar.
“Sudahlah minggu lepas ditegur perdana menteri, kali ini Tun Mahathir pula sudah bersuara. Jadi mereka harus membentuk semula kepimpinan yang lebih baik dengan mengganti pimpinan yang ada ini dengan muka baru kerana yang sedia ada ini, sudah dianggap tidak relevan lagi,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan