Roketkini.com
KUALA LUMPUR: DAP
menggesa kerajaan agar berhenti dari terus mengelirukan rakyat tentang
keadaan ekonomi negara dengan memanipulasi angka defisit belanjawan.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua menegaskan,
kerajaan wajar menjelaskan keadaan sebenar defisit fiskal negara kerana
rakyat berhak mengetahui ke mana berbillion ringgit wang projek yang
tidak dimasukkan dalam Belanjawan 2015.
“Mengapa projek-projek seperti fasa pertama pembinaan MRT
bernilai RM22 bilion dan sambungan LRT dengan jumlah RM8 bilion tidak
dimasukkan dalam belanjawan.
“Kerajaan juga membelanjakan sebanyak RM10 bilion untuk membina 74 ibu pejabat polis baru di peringkat negeri dan daerah.
“Banyak lagi projek-projek lain yang berada di bawah
perbelanjaan kerajaan tidak pernah dinyatakan oleh kerajaan sendiri,”
katanya dalam satu kenyataan.
Setiausaha Publisiti DAP turut menyelar jawapan Timbalan
Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan yang enggan mengakui kesalahan dan
tindakan memanipulasi angka ketika penggulungan Belanjawan 2015, Khamis
lalu.
“Pengiraaan defisit rasmi kerajaan ini sebenarnya langsung
tidak mengambil kira perbelanjaan projek-projek raksasa dan hutang
terkumpul.
“Adakah Ahmad memang tidak memahami ekonomi atau sengaja mahu mengelak pertanyaan saya? soalnya.
Pada 6 November lalu, dalam sesi penggulungan Belanjawan
2015 di Dewan Rakyat, Ahmad mengemukakan angka untuk membuktikan
komitmen kerajaan mengurangkan defisit belanjawan.
Beliau mendakwa, defisit belanjawan menurun kepada 3.5
peratus tahun ini daripada 6.7 peratus pada 2009, 5.4 peratus (2010),
4.8 peratus (2011), 4.5 peratus (2012) dan 3.9 peratus (2013)
Ketua Penerangan Umno itu menyatakan, sasaran kerajaan untuk tahun 2015 adalah defisit belanjawan tiga peratus.
Ahmad turut mengelak pertanyaan Pua dengan mendakwa bahawa beliau tidak berniat untuk membohongi rakyat Malaysia.
Kata Pua lagi, adalah terbukti kemasukan projek-projek
bernilai berbilion ringgit ini dengan ketara meningkatkan defisit fiskal
negara.
“Rakyat berhak mengetahui keadaan sebenar, kerana setiap
RM11 bilion dalam perbelanjaan tambahan akan meningkatkan defisit
sebanyak 1 peratus,” ujarnya. – Roketkini.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan