MALAYSIAKINI
Timbalan ketua Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, beliau
kesal kerana SIS semakin berani mencabar asas Islam dan juga
mempermain-mainkan usaha penguatkuasaan seperti hukuman ke atas wanita
Islam yang tidak bertudung di Kelantan.
“SIS juga mencabar fatwa pengharamannya oleh Jawatankuasa Fatwa MAIS
sebelum ini kerana berpegang kepada pluralisme dan liberalisme agama.
“Secara terang nyata juga, SIS telah mencabar akidah Islamiyah apabila
turut mempromosikan pemikiran Yahudi dan Nasrani dengan menyatakan
manusia sebagai anak-anak Allah.
“Bermakna SIS menolak keesaan Allah,” kata Muhammad Khalil dalam kenyataannya.
“DPPM berpendirian tegas bahawa usaha yang giat dikembangkan SIS dengan
menyebarkan fahaman liberal atas nama Islam adalah satu kesesatan terang
lagi nyata.
“Ia sama sekali tidak mencapai tujuan Islam diturunkan untuk manusia
akhir zaman serta membuka kewenangan kepercayaan, pegangan dan amalan,
yakni penyimpangan dari syariat dan manhaj Islam sebenar,” katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan