KUALA LUMPUR: PAS menggesa kerajaan Malaysia pimpinan Datuk Seri Najib Razak mengakji semula hubungan diplomatik dan dagang dengan Bangladesh.
Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat Dr Syed Azman Syed Nawawi berkata, ianya ekoran tindakan terbaru regim negara itu yang menjatuhkan hukum mati ke atas tiga pemimpin Islam dari parti Jamaat Islami minggu lalu yang dilihat lebih kepada tindakan politik.
"PAS menyeru kerajaan Malaysia mengkaji balik hubungan diplomatik dan hubungan dangang dengan Bangladesh ini.
"Tindakan mereka itu turut mendapat kecaman hebat bukan sahaja dari negara Islam tetapi juga dari negara barat, dan badan hak asasi manusia antarabangsa yang melihat hukuman ini lebih bersifat politik dan kejam," kata beliau kepada Harakahdaily.
Minggu lalu, regim Bangladesh melalui Tribunal Jenayah Antarabangsa menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap bekas Amir Jamaat Islami Motiur Rahman Nizami, 71 (gambar), Penolong Setiausaha Mohammad Kamaruzzaman, 62, dan Ahli Jawatankuasa Pusat Mir Quasem Ali.
Ketika-tiga mereka yang dibicara secara berasingan, dituduh bertanggungjawab terhadap pembunuhan beramai-ramai ketika perang kemerdekaan negara itu pada 1971.
Dalam pada itu, Syed Azman yang juga Adun Adun Batu Burok berkata PAS memandang berat tindakan regim Bangladesh itu lebih-lebih lagi perjalanan prosiding terhadap mereka dibuat secara tidak adil.
Hukuman itu juga ujar Syed Azman tidak membantu untuk mengembalikan keadilan kepada mangsa-mangsa pembunuhan yang terlibat kerana mereka yang dituduh, tidak terlibat pun dengan insiden pembunuhan itu.
"Bagi PAS tindakan kejam dan ini satu lagi siri kejahatan terhadap pemimpin Islam Bangladesh dan kita membantah keras hukuman kejam ini.
"Tindakan menghukum bunuh ini lebih merupakan tindakan politik untuk menghancurkan Jamaat Islami dan menghapuskan terus gerakan ini dari politik Bangladesh," kata beliau lagi.
Menyedari hakikat ini katanya, PAS akan menggerakkan kesedaran di kalangan umah supaya mereka mendapat maklumat tentang kekejaman yang belaku di Bangladesh.
"Kita juga akan menggerakkan kesedaran di negara-negara Timur Tengah dan Asia untuk membantah tindakan kejam ini," katanya.
Sehingga kini lebih 70 peratus pemimpin Jamaat Islami berada dalam penjara di seluruh Bangladesh, sementara yang bebas masih diburu. - HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan