shahbudindotcom
"Saya rasa sangat letih dan memalukan apabila kita dipanggil sebagai pembangkang," katanya lagi.
Tambahnya
lagi, UMNO Selangor perlu menerima hakikat bahawa mereka telah kalah
dua kali dalam pilihanraya umum dan perlu berani membuat perubahan bagi
merampas kembali negeri itu.
Ada
yang bertanya, kenapa hanya letih dan malu dengan Selangor saja
sedangkan BN juga jadi pembangkang di Pulau Pinang sejak 2008 dan di
Kelantan pula sejak 1990 lagi?
Berdasarkan
perkembangan semasa, gerak kerja dan struktur kepimpinan UMNO Selangor
sekarang ini, memang Najib berhak untuk berasa malu dan letih. Walaupun
PR di Selangor pernah bergolak dengan kemelut pertukaran Menteri Besar,
pimpinan parti itu dilihat beku dan kaku untuk mengambil peluang dah
kesempatan.
Sebab
itu, walaupun berdepan krisis dan kemelut, sebaik isu Menteri Besar
berakhir, hasil kajian mendapati sokongan rakyat terus meningkat kepada
PR. Berdasarkan kajian Umcedel, berbanding Mei lalu di mana sokongan
rakyat didapati menjunam kepada 35 peratus, tetapi terakhir ini ia
meningkat semula ke paras 43 peratus.
Atas
kegagalan merebut peluang dan mengeksploitasi isu, ramai yang
beranggapan bahawa selagi Noh Omar menjadi Pengerusi UMNO Selangor,
selagi itulah tiada kemajuan dan lompong harapan untuk merampas kembali
negeri itu daripada PR. Beliau bukan lagi pemimpin harapan masa depan,
tetapi pemimpin yang sudah berlalu.
Yang
lain pula berpendapat, bukan sekadar pertukaran kepimpinan harus
dilakukan, bahkan UMNO Selangor juga perlu meletakkan sekurang-kurangnya
70 peratus muka baru sebagai calon dalam pilihanraya akan datang dan
mereka pula tidak semestinya daripada kalangan yang mengetuai UMNO di
peringkat bahagian-bahagian.
Selain
meletakkan beban kesalahan kepada UMNO Selangor, kekalahan dalam
pilihanraya lalu juga sebenarnya adalah tanda penolakan terhadap Najib
sendiri. Ini kerana dalam pilihanraya umum lalu, Najib adalah Pengerusi
UMNO Selangor dan beliau sendiri menghabiskan banyak masa mahu menawan
kembali negeri itu.
Berbanding
pilihanraya 2008 di mana BN Selangor menang sebanyak 20 kerusi, tetapi
dalam pilihanraya 2013 lalu kemenangan BN hanya tinggal 12 kerusi saja
lagi. Jika ditolak dua kerusi lagi iaitu Kota Damansara dan Semenyih
yang dimenangi BN kerana pertindihan calon PR, hakikatnya jumlah sebenar
kemenangan BN hanyalah 10 kerusi saja.
Jika
di peringkat pusat, BN ditolak oleh 52 peratus undi popular serta
kekurangan tujuh kerusi berbanding 2008, di Selangor pula penolakan itu
meningkat sebanyak sekali ganda lagi. Dengan komposisi pengundi bandar
dan separa bandar menjadi majoriti di Selangor, itulah sebenarnya
perlambangan citarasa mereka di seluruh negara tentang UMNO dan BN.
Jika
kedudukan di Selangor mahu dijadikan ukuran, ia adalah tanda dan signal
penolakan yang sangat jelas, bukan saja kepada UMNO dan BN tetapi lebih
ketaranya ialah kepada Najib sendiri.
Najiblah
yang memimpin dan mengetuai UMNO Selangor dalam pilihanraya lalu dan
ditangan beliaulah parti itu menjadi pembangkang dengan keputusan yang
jauh lebih merosot.
Jadi,
kalau malu dan letih dengan gelaran BN sebagai pembangkang, Najib
hakikatnya lebih wajar "menembak dirinya sendiri" daripada menghalakan
muncung senapang kepada pihak lain.
Kiranya
beliau sendiri dengan kedudukan sebagai Perdana Menteri pun ditolak
dengan lebih parah oleh pengundi Selangor, mengharapkan perubahan dan
kejayaan oleh UMNO negeri itu tidak lebih umpama angan-angan kosong
saja. Sehingga ini rakyat Selangor gembira dan selesa dengan PR dan
Azmin Ali sebagai ketua kerajaan negerinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan