Bekas
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan Pengerusi Badan
Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berundur daripada jawatan
tersebut untuk memberi laluan kepada calon yang lebih sesuai dan
berkemampuan.
Beliau berkata, jika seseorang itu telah menjadi pemimpin terlalu lama dan gagal membawa kejayaan, individu tersebut perlu memberi laluan kepada calon lain.
Beliau berkata, jika seseorang itu telah menjadi pemimpin terlalu lama dan gagal membawa kejayaan, individu tersebut perlu memberi laluan kepada calon lain.
“Saya juga
meletak jawatan untuk memberi laluan kepada orang lain. Jika seseorang
itu tidak dapat membawa kejayaan, dia perlu menyerahkannya kepada orang
lain dan menyokong individu itu.
“Itulah
cara untuk memimpin. Jika seseorang itu ingin memimpin untuk seumur
hidup, itu akan menjadi masalah,” katanya kepada pemberita di sini pada
Selasa.
Ketika
ditanya sama ada Noh juga perlu meletak jawatan, Dr Mahathir menyerahkan
perkara itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk
membuat keputusan mengenai kepimpinan Umno Selangor.
Pada 5
November lalu, Dr Mahathir menerusi blognya berkata, kepimpinan Umno
Selangor perlu disusun semula selepas pemimpin yang ada tewas dalam dua
Pilihan Raya Umum (PRU).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan