Sabtu, 15 November 2014

Kit Siang enggan ulas peringatan PAS

MALAYSIAKINI


 


Penasihat DAP Lim Kit Siang enggan mengulas mengenai peringatan PAS agar partinya lebih berhati-hati dalam membuat kenyataan mengenai presiden parti Islam itu.

Katanya, beliau tidak ingin mengulas dan  tidak endah jika PAS masih ingin membangkitkan mengenai perkara itu.

"Tak perlu. Tak perlu. Mereka (PAS) nak cakap, cakaplah. Kita tinggalkan perkara itu.

"Saya rasa tak nak cakap apa-apa buat masa ini," katanya kepada pemberita hari ini.

Ditanya lanjut sama ada perkara itu menunjukkan Pakatan Rakyat kini menghadapi masalah dalaman, Lim juga tangkas mengelak.

"Kita biarkan perkara itu buat masa ini," katanya lagi kepada pemberita di Kuala Lumpur.

Rungutan daripada PAS itu timbul ekoran tindakan jawatankuasa eksekutif pusat DAP pada hari Rabu lalu yang meluluskan resolusi untuk mendesak Hadi hadir ke mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

Menurut DAP, Hadi yang beberapa kali tidak hadir ke mesyuarat berkenaan, perlu berbuat demikian demi memastikan gabungan PKR-DAP-PAS berdaya maju dan mendapat keyakinan pengundi.

Ia disambut dengan peringatan oleh Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar agar DAP lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan tentang Hadi.

Menurutnya, DAP tidak perlu mengenakan tekanan untuk memaksa Hadi yang berada dalam keadaan uzur untuk ke mesyuarat Pakatan Rakyat.

Tiada ulasan: