Isnin, 24 November 2014

Khairy : UMNO perlu beri ruang kepada generasi muda

 
Langkah itu juga dilihat sebagai menunaikan janji UMNO kepada golongan muda dalam proses meremajakan parti.


khairy-jamaluddinKUALA LUMPUR : Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyatakan UMNO perlu memberi ruang yang lebih luas kepada generasi muda untuk berada dalam saf kepimpinanya sekiranya mahu mendapat perhatian terutama daripada belia bandar.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Rembau berkata, langkah itu juga dilihat sebagai menunaikan janji UMNO kepada golongan muda dalam proses meremajakan parti.

“Kalau kita lihat kadar urbanisasi, penghijrahan anak muda dari kawasan luar bandar ke bandar sudah mencecah 60 peratus dan trend ini akan berterusan.

“Mereka memerlukan seorang pemimpin atau barisan pemimpin yang memahami mereka dan yang dapat memperjuangkan mereka,” katanya memetik dari laporan Bernama semalam.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Kepimpinan Mahasiswa Nasional 2014 (PEMANAS) di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Beliau yang juga merupakan Menteri Belia dan Sukan turut bersetuju dengan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai usaha meremajakan parti itu harus diterjemah dengan memberi peluang kepada generasi muda menyertai barisan kepimpinan parti.

Ketika merasmikan Konvensyen UMNO Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perdana Menteri berkata aspek ‘politik Y’ membuka lebih ruang kepada generasi muda terlibat dalam UMNO.

Katanya golongan tersebut perlu diberi panduan dan bimbingan untuk memimpin supaya UMNO dilihat sebagai sebuah parti yang inklusif, moden, progresif dan dinamik.

Tiada ulasan: