Isnin, 24 November 2014

Kalau berani samanlah Mahathir – Guan Eng

FREE MALAYSIA TODAY

Kami akan berdiri bersama Tony Pua, yang mahukan jawapan daripada 1MDB

limguaneng024_300x200
BUKIT MERTAJAM: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mencabar Datuk Seri Najib Tun Razak menyaman Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Beliau mengeluarkan cabaran itu selepas Perdana Menteri dilaporkan menuntut permohonan maaf daripada Ahli Parlimen DAP-Petaling Jaya Utara, Tony Pua berhubung kenyataannya mengenai 1MDB.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu mendakwa Tony Pua hanya mahukan jawapan daripada 1MDB berhubung pelaburan mereka yang banyak mendatangkan kerugian.

BERNAMA melaporkan beliau sebagai berkata: “Kami akan berdiri bersama Tony Pua, yang mahukan jawapan daripada 1MDB tentang pinjaman dan perniagaan yang tidak mendatangkan keuntungan.”

Katanya, pertanyaan Tony Pua adalah sama seperti mana sebelum ini yang ditanya oleh mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kami akan berdiri bersama Tony Pua, yang mahukan jawapan daripada 1MDB tentang pinjaman dan perniagaan yang tidak mendatangkan keuntungan.

“Kami bukan senang dibuli, kalau berani samanlah Mahathir,” katanya dalam ucapan di konvensyen DAP Pulau Pinang di sini.

Dalam laporan Jumaat lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengemukakan notis tuntutan terhadap Pua, yang juga Pengerusi DAP Selangor, supaya menarik balik kenyataannya berhubung 1MDB.

Najib juga mahu Pua menyiarkan permohonan maaf dalam masa 14 hari dalam dua akhbar tempatan.

Tiada ulasan: