Minggu depan
UMNO akan bersidang. Orang putih kata- you know the drill. Sudah menjadi
semacam protocol- UMNO mencipta musuh2 baru untuk diperangi; kemudian menaikkan
suhu dan darah para perwakilan yang berebut rebut membuat ucapan penangguhan
yang berapi api.
Habis perhimpunan,
wakil orang melayu yang datang kesitu lupa tujuan asal mereka berhimpun- untuk
menilai sejauh mana pemimpin mereka telah meningkatkan pendapatan orang Melayu,
membetulkan agihan pendapatan antara Melayu atasan dan Melayu bawahan. Mereka lupa
mengingatkan pemimpin mereka, orang Melayu hilang tanah mereka, orang Melayu
tidak berumah, orang Melayu lemah dalam perniagaan dan sebagainya. Mereka lupa
menilai pencapaian pemimpin mereka yang memegang tampuk pemerintahan dan kuasa.
UMNO hidup
atas pembohongan sekarang. Bukan lagi prinsip perjuangan.
Setelah hidup 68 tahun, ia gagal menebus bangsa
Melayu. Selama memerintah sejak pilihanraya pertama 1955, selama 59 tahun- UMNO
masih bertanya apa lagi Cina mahu, apa lagi India mahu. Maksud nya, sekian
lama,UMNO tersangat bebal masih tak tahu apa rakyat mahu?
Jadi, untuk
menutup kegagalan nya, dan menyembunyikan hipokrasi nya, UMNO kena terus berbohong
kepada ahli nya dan kepada orang Melayu am nya. Dengan menceritakan agenda UMNO
untuk Melayu disabotaj oleh bangsa lain. Dengan menceritakan agenda UMNO untuk Negara,
agama dan bangsa disabotaj oleh bangsa lain. Pensabotaj ialah musuh UMNO dan
pada masa yang sama, musuh Melayu.
Itu cara UMNO
menyambung hayat politik nya- membohongi ahli nya dan membohongi bangsa Melayu.
Tapi kita
tahu, itu cakap besar pemimipin UMNO. Rakyat luar yang bukan UMNO dan bukan
menyokong UMNO mesti sedar bahawa puak UMNO ini tidak boleh melakukan apa2
melainkan apa yang dibenarkan oleh undang2. Biarkan mereka jerit sampai leher
urat jadi biru, atau menangis teresak esak meratapi nasib bangsa Melayu yang
diperlakukan oleh UMNO sebetulnya.
Yang mahu jadi
jaguh akan mencari isiu untuk pablisiti murahan. Tidak ada benda yang
meng-herokan orang UMNO daripada mengistiharkan dia akan mempertahankan maruah
bangsa Melayu sampai tetesan darah terakhir. Pemimpin UMNO tidak mahu
ketinggalan akan menghunus keris dan mengeluarkan kenyataan demi kenyataan
mencabar mereka yang menggugat bangsa Melayu. Yang tergugat sebetulnya ialah
UMNO bukan orang Melayu.
Dalam kes yang
paling asas yakni pegangan tanah reseb Melayu- pemimpin UMNO yang kita sanjung2
lah yang menjual tanah reseb Melayu dan gagal menggantikan nya. Daripada 3juta
hektar sekarang sudah tinggal 1.7 juta hektar. Yang jual dan benarkan keadaan
begini ialah pemimpin UMNO. Ini pun sukar difaham oleh puak UMNO.
Fakta nya,
ialah orang Melayu berkeadaan seperti yang mereka ada sekarang kerana politik. Dan
politik maknanya siapa yang berkuasa. Lojik nya, jika orang Melayu mundur dalam
pelbagai cabang hidup, mereka jadi demikian kerana yang pegang kuasa itu
menjadikan mereka demikian. Yang pegang kuasa dan yang menjadikan mereka demikian
ialah UMNO.
Jadi UMNO akan
mencari dan mencipta isiu menggambarkan orang Melayu dalam bahaya. Dan mempertahankan
maruah Melayu itu biasa nya dikaitkan dengan ancaman yang dicetuskan oleh
minda2 rendah jatidiri.
Walhal maruah
orang Melayu jatuh serendahnya kerana miskin nya mereka, mundur nya mereka dari
pendidikan, dari pelbagai cabang kehidupan seperti yang telah lama digambarkan
oleh Pendita Zaaba. Hari ini kalau
Pendita Zaaba ada , harus dia dikenakan akta hasutan kerena berani dan jujur
mendedahkan kelemahan bangsa Melayu.
Kita tahu isiu
lama yang akan didendangkan- betapa orang Melayu terancam, agama mereka
terancam dan raja2 Melayu yang berdaulat itu terancam. Jika sudah memerintah
sejak 1955 sampai sekarang, UMNO gagal menjaga Melayu dan Melayu masih terancam,
apa alasan untuk kita kekalkan UMNO sebagai penjaga orang Melayu?
Fakta nya,
kepentingan orang Melayu tidak semesti nya dicapai melalui jenama UMNO.
UMNO mahu
meresahkan dan menggemparkan orang Melayu- walhal mereka mewakili sebahagian
sahaja dari orang Melayu, dengan cerita dongeng bahawa orang Melayu, agama
mereka, raja mereka terancam. Berapa kali kita hendak ulang- UMNO dan suku
sakat nya hanya dapat 47% dari sokongan undi popular. Lebih ramai orang Melayu
mengundi PKR, PAS bahkan DAP daripada mengundi UMNO.
Ini parti yang
tidak sedar diri. Kalau kita jumlahkah semua 88 kerusi yang UMNO menang dan
kirakan pengundi nya, hasilan nya lebih rendah dari jumlah undi yang di perolehi
oleh pembangkang. UMNO menang hanya
kerana persempadanan yang tidak adil dan taburan pengundi yang tidak adil. Itu sahaja
yang menyelamatkan UMNO.
Dasar yang
mereka laksanakan tidak dpercayai lansung oleh rakyat. Dasar sosial mencetuskan
perkelahian dan syak wasangka; dasar ekonomi menyebabkan jurang pendapatan
melebar, dasar ekonomi juga menyebabkan Melayu terpilih bertambah kaya; dasar
mengenai agama menyebabkan golonga ekstrim yang tidak dipilih rakyat meletakkan
agenda melampau keatas Negara.
Pemimpi nombor
satu mereka, cakap besar dan berdegar degar, tapi semua kosong. Bukan saya
cakap, Dr Mahathir yang cakap. Dan Mahathir PM kita selama 22 tahun.
Kita tahu
sebab apa UMNO mesti lakukan segala pembohongan ini. Ianya untuk menutup
kegagalan mereka membela bangsa Melayu, agama mereka dan raja mereka.
Kesemua ini
tidak pun terancam. Orang Melayu jumlah nya 60%dari penduduk Negara ini, polis
dan askar hampir semua Melayu,, pegawai kerajaan, penjawat awam hampir semua
Melayu. Senaraikan mereka yang ada kuasa- semua Melayu. Dengan bersenjatakan
ini, lojikkah untuk berkata- kumpulan 60% dengan segala macam kekuatan, dengan
kuasa kerajaan yang ada- berada dalam bahaya?
Pandir punya
cerita ni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan