Khamis, 20 November 2014

AG: Tak dapat dakwa Ibrahim kerana tiada niat

MALAYSIAKINI


 


Peguam Negara Tan Sri Gani Patail, yang dikritik kerana tidak bertindak terhadap Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali ekoran gesaannya untuk membakar Bible, menjelaskan sebabnya tidak bertindak bawah Kanun Keseksaan.

Sebagai reaksi terhadap perkara dibangkitkan dalam seminar undang-undang di Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (Ilkap), Gani berkata, Ibrahim tidak boleh didakwa bawah Seksyen 505(b) dan (c) Kanun Keseksaan kerana tiada unsur “niat” dalam kenyataan itu.

Justeru, soal Gani (kanan), bagaimana Ibrahim boleh dikatakan melakukan jenayah dalam konteks itu.

Unsur 'niat' itu, tambahnya, seperti diperlukan dalam Seksyen 500 menjadikannya lebih sukar untuk pembuktian kes berbanding Akta Hasutan 1948.

Menurut Gani lagi, Ibrahim juga menjelaskan bahawa kenyataannya bukan bertujuan menjejaskan keharmonian kaum di negara ini.

Beliau kemudian memetik kata-kata Ibrahim bahawa gesaannya bertujuan kesucian Islam seperti dinyatakan dalam undang-undang.

Tiada ulasan: