Khamis, 20 November 2014

7 resolusi dilulus Konvensyen SAM Tahfiz Aliran Sains

Oleh: AFIX REDZUAN


SHAH ALAM: Konvensyen Sekolah Agama Menengah Tahfiz Aliran Sains Peringkat Kebangsaan Kali Ke-5 meluluskan tujuh resolusi bagi mendokong hasrat pengintegrasian al-Quran dan sains ke arah kemenjadian guru.

Tujuh resolusi itu dibacakan Ketua Sektor Pengurusan Akademik Luar Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mohd Asmadi Mustakim.

Antara kandungan resolusi berkenaan adalah guru perlu mempunyai kesediaan untuk melaksanakan sistem pendidikan integrasi dan holistik berlandaskan ilmiah serta menubuhkan pusat latihan keguruan bagi melahirkan murabbi idaman.

jais1“Guru perlu meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan inovatif serta pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi dalam pengajaran juga pembelajaran (PnP).

“Sistem pendidikan integrasi dan holistik diperlukan untuk memberi nafas baru kepada sistem konvensional berorientasi keikhlasan dan kasih sayang.

“Kuruikulum tahfiz perlu diperkasa dan ditambah nilai melalui pengintegrasian al-Quran serta sains juga perkaitannya dengan kehidupan di luar bilik darjah,” katanya.

Selain itu, Mohd Asmadi berkata, guru perlu menguasai pengetahuan pedagogi dan isi kandungannya di dalam penjayakan PnP yang berkualiti serta menjadikan pendidikan tahfiz sebagai wadah penyatuan ummah juga pencetus inovasi kepada pembangunan tamadun.

Yunus HairiTurut hadir dalam majlis penutup itu adalah Exco Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembanguna Desa dan Kampung Tradisi, Dr Ahmad Yunus Hairi.

Dalam ucapan ringkasnya, Ahmad Yunus pecaya pasukan guru sedia ada mampu untuk mengorak langkah bagi merealisasikan impian itu memandangkan sekolah tahfiz aliran sains mula mendapat perhatian masyarakat.

Konvensyen selama tiga hari yang berlangsung sehingga hari ini itu disertai 155 orang guru seluruh Malaysia.-NFN-

Tiada ulasan: