Isnin, 23 Jun 2014

'Tutup sekolah vernakular jika sokong Bible BM'

MALAYSIAKINI


 


Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali mendakwa, pemimpin DAP seperti berhasrat untuk memesongkan akidah orang bukan Islam kerana mempertahankan Bible Bahasa Melayu.

Katanya, pemimpin DAP itu seperti setiausaha agungnya Lim Guan Eng tidak ikhlas kerana mempertahankan penggunaan naskhah berkenaan dengan alasan mempertahankan bahasa Melayu.

"Kalau betul mereka mahu bahasa Melayu saya cabar mereka ini tutup sekolah bahasa ibunda, semua masuk sekolah kebangsaan,"

"Takkan (mereka mahu) Bible guna bahasa Melayu, (tapi) sekolah hendak guna bahasa ibunda?," kata beliau.

Katanya, PERKASA tidak bersikap rasis dengan pendirian berhubung kalimah 'Allah' kerana ia bertujuan untuk menjaga keselamatan negara.

"Kita bukan hendak bergaduh dengan orang Kristian. Merdeka 57 tahun tak pernah ada permusuhan.

"Nak guna bahasa apapun di tempat lain, itu hak mereka tapi di Malaysia, di Semenanjung di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung," kata beliau.

Ibrahim bersama kira-kira 200 orang yang majoritinya ahli PERKASA berhimpun untuk menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan untuk rayuan berkenaan kes penggunaan kalimah Allah dalam akhbar mingguan Katolik The Herald.

Ibrahim nyata gembira dan menerima baik keputusan oleh panel tujuh orang hakim Mahkamah Persekutuan hari ini yang menolak pendengaran rayuan Ketua Biskop Gereja Roman Katolik terhadap penggunaan kalimah Allah.

Tiada ulasan: