BULETIN ONLINE
Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu Ustaz Mohd Nor Hamzah memulangkan ‘paku buah keras’ terhadap tuduhan Umno yang selama ini melabelkan pimpinan DAP sebagai ‘pegkhianat’ kepada orang-orang Melayu.
“Tahu pulak dia yang duit kerajaan tu duit rakyat. Dan duit di negeri-negeri yang Umno menang pun bukan duit pusaka keluarga Umno. Selama ni, pemimpin Umno melabelkan pemimpin DAP khianat Melayu dan komunis tapi gambaran dan bukti menjelaskan bahawa pemimpin Umno sangat berdendam dengan (orang) melayu,”katanya.
Jahara dilaporkan sebuah portal berita atas talian, berkata, wang yang diputuskan oleh kerajaan Pulau Pinang itu bukan wang milik Lim Guan Eng, sebaliknya ia adalah milik rakyat.
Sehubungan itu, Mohd Nor yag juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong megingatkan seluruh rakyat negeri Terengganu tentang wa royalti minyak Terenggau yang ‘dirampas’ kerajaa persekutuan juga bukan duit pemimpin Umno peringkat pusat.
Beliau turut menempelak tindakan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said yang bukan sahaja tidak mahu memberikan wang peruntukan wakil-wakil rakyat kepada semua adun, bahkan dega terang-terangan megisytiharkan tidak mahu melaksanakan pembangunan di kawasan-kawasan BN kalah pada pilihanraya umum kali ke-13 lalu.
“Rakyat Terengganu jangan lupa tentang rampasan royalti petroleum Terengganu oleh pemimpin Umno pusat. (Meteri Besar) MB Terengganu sedang bertindak membalas dendam terhadap rakyat dengan meminggirkan hak rakyat di dun-dun yang di menangi oleh PAS,”tegasnya.
Sementara itu, Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hing berkata, walau pun tindakan Lim Guan Eng itu agak lambat, tetapi ia lebih baik dari tidak berbuat langsung.
Beliau berkata, sepatutnya kerajaan Pulau Pinang memberikan peruntukan ‘hak milik rakyat’ itu sejak penggal pertama pemerintahan DAP di Pulau Pinang yang bermula sejak selepas pilihanraya umum ke-13 pada tahun 2008.
“saya rasa ia satu langkah yang berani dan ia menunjukkan kerajaan Pakatan Rakyat lebih peka rakyat, ia satu contoh tauladan yang baik yang sepatutnya buat benda ini dari dulu lagi dari penggal pertama pemerintahan,
“walaupun lambat tapi lebih baik kerana ia dilaksanakan, ia patut dicontohi oleh kerajaan Pusat memberikan perutukan kepada semua ahli-ahli parlimen tidak kira kerajaan atau pembangkang,”ujarya ketika ditemui.
Ketua Penerangan Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (ANAK) Naraza Muda berkata, berkata pemberia perutukan kepada wakil-wakil rakyat yang dilakukan oleh kerajaan Pulau Pinang adalah menepati prinsip-prinsip kemanusiaan.
Sebaliknya, tidakan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang tidak mahu memberikan peruntukan tersebut adalah merujuk kepada ‘peraturan rimba’
“apa yang kerajaan Pulau Pinang buat adalah satu “prinsip kemanusiaan” tidak perlu rujuk kepada peraturan rimba. Jika ini benar benar terlaksana di sana ianya sekagus memberi tamparan besar kepada kerajaan Bn pusat dan negeri yg berpendirian mengekalkan ” prinsip pentadbiran rimba”,ujarnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan