Isnin, 23 September 2013

Tribunal Rakyat: Kerajaan perlu ambil tindakan

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
 
Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar meminta kerajaan meneliti aduan yang dibuat pada Tribunal Rakyat berhubung Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
 
Katanya walaupun penubuhan tribunal itu tidak mendapat kelulusan dari Kabinet, ia tetap perlu dinilai demi menegakkan kebenaran dan mendedahkan salahlaku sepanjang proses pilihan raya, 5 Mei lalu.
 
Tribunal Rakyat adalah anjuran pertubuhan bukan kerajaan yang condong kepada Pakatan Rakyat, Gerakan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH).
 
"Justeru proses yang BERSIH lakukan ini penting dan kalau semua merasakan mereka tidak bersalah, mereka patut berani datang beri bukti. Setiap dakwaan yang saya buat kita buat laporan polis dan gambar. 
 
"Walaupun pada kerajaan mereka rasa tak perlu bertindak, sebuah kerajaan bertanggungjawab tentu akan mengambil endah dan berbuat sesuatu selepas dapat makluman kes tersebut," katanya.
 
Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak harus berani berdepan dengan aduan rakyat.
 
"Melihatkan Datuk Seri Najib mahu kekalkan jawatan Presiden Umno, maka sekali lagi saya ingatkan beliau, bila nampak masalah depan kita.
 
"Dengan adanya tribunal ini, ada tanggungjawab untuk perbaikinya. Jangan kata ini suara minoriti, ini apa yang terjadi sekarang yang perlu diperbetulkan," katanya.
 
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas dakwaan sesetengah pihak yang mempertikaikan kewajaran penubuhan Tribunal Rakyat yang dikatakan tidak berkecuali dan condong pada pembangkang.
 
Tribunal Rakyat PRU13 yang diwakili beberapa individu dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan seorang wakil calon PRU13.
 
Sidang aduan itu bermula 18 hingga 22 September lalu.

Tiada ulasan: