Sabtu, 21 September 2013

Tribunal diberitahu, SPR asingkan suami isteri

 


 

Sebuah kampung di Segamat, Johor telah dibahagikan sehinggakan suami isteri yang mendaftar di alamat yang sama, akan mengundi di kawasan yang berlainan, demikian Tribunal Rakyat BERSIH diberitahu hari ini.

constituencies delineation forum 080613 wong chin huatSaintis politik, Wong Chin Huat (kiri), ketika menunjukkan slaid kepada panel tersebut mengenai persempadanan kawasan pilihan raya di Malaysia, bertajuk "Satu katil, dua kawasan?" berkata beliau tidak dapat mencari istilah akademik yang sesuai untuk menggambarkan fenomena tersebut.

Menurutnya, jika kita hendak mempercayai bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya ( SPR) telah melakukan tugas yang hebat, maka kita mesti membuat kesimpulan bahawa sempadan itu bukan sahaja merentasi rumah, malah ia turut merentasi bilik dan katil.

"Mereka semestinya mempunyai maklumat bahawa Encik Ong tidur di sebelah Segamat, manakala isterinya tidur di sebelah Sekinjang .

"Anda akan berdepan dengan banyak cerita seperti ini, tetapi ini adalah yang paling menarik," katanya.

Turut memberi keterangan hari ini ialah Ong Guan Sin, penghuni rumah rumah tersebut dan ketua kumpulan ejen mengundi dan ejen mengira undi yang berpusat di Segamat.

Beliau juga menunjukkan peta Kampung Abdullah yang menunjukkan lebih 3,000 titik merah dan biru yang mendedahkan banyak contoh pengundi yang berkongsi alamat yang sama tetapi mengundi di kawasan yang berlainan.

Tiada ulasan: