Rabu, 18 September 2013

Teater Bilik Sulit: Perkongsian pengalaman ngeri tahanan ISA

KEADILAN DAILY

 

KUALA LUMPUR : Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dengan kerjasama Gerakan Mansuhkan ISA dan kumpulan Teater Bukan Teater menganjurkan pementasan teater ‘Bilik Sulit’ sebagai usaha untuk berkongsi dengan rakyat mengenai implikasi undang-undang tahan tanpa bicara.

anti-isa

‘Bilik Sulit’ akan dilancarkan di Dewan Theatrette, Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) selama 3 hari iaitu pada 19, 20 dan 22 September 2013 bermula 8.30 malam.

“Banyak bekas mangsa ISA merekodkan pengalaman ngeri mereka sepanjang ditahan di bawah ISA.

BS

“Tempoh 60 hari dalam tahanan Polis tanpa berpeluang dihadapkan ke mahkamah untuk dibicarakan menjadi satu peristiwa hitam dalam hidup bekas tahanan.

“Didera secara mental dan fizikal menyebabkan ramai tahanan mengalami trauma yang dasyat biarpun setelah dibebaskan,” kenyataan Suaram dipetik.

Justeru, Suaram juga berhasrat untuk membawa pementasan teater ini ke kawasan luar Lembah Klang bagi membolehkan mesej teater ini menjejaki masyarakat terbanyak.

“Buat masa ini, Bilik Sulit mendapat persetujuan daripada ahli parlimen Shah Alam untuk dipentaskan di Shah Alam pada 25, 26 dan 27 Oktober,” tambah kenyataan tersebut.

hishamuddin-rais

Pihak yang berminat untuk mementaskan teater ini ditempat masing-masing boleh terus menghubungi Suaram ditalian 03-7784 3525 atau menghantarkan permohonan ke alamat emel rightotrial@suaram.net.

Suaram meletakkan tempoh masa dua bulan iaitu sepanjang Oktober dan November untuk mementaskan teater ini ke tempat-tempat yang bakal ditetapkan.

Teater ‘Bilik Sulit’ diarahkan oleh aktivis politik, pengarah filem yang juga bekas tahanan ISA, Hishamuddin Rais bersama kumpulan Teater Bukan Teater.

Tiada ulasan: