Isnin, 23 September 2013

Suspek Utama Pembunuhan Pengasas Arab Malaysian Bank Ditahan

MSTAR ONLINE

 
KUALA LUMPUR: Suspek utama kes pembunuhan pengasas Arab Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi, ditahan di Larut Tin Tambahan, Taiping, Perak tengah malam Ahad.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata suspek berumur 44 tahun itu ditahan di sebuah rumah pada pukul 12.30 tengah malam susulan maklumat awam.

Turut ditahan ialah dua lelaki, masing-masing berumur 31 dan 26 tahun, yang dipercayai memberi perlindungan kepada suspek, katanya.

"Kesemuanya kini dibawa IPKKL (Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur)untuk siasatan lanjut," katanya dalam sidang media di IPKKL di sini, Isnin.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 212 Kanun Keseksaan.Hussain, 75, maut manakala isterinya cedera parah akibat ditembak dari jarak dekat di kawasan parkir kereta sejurus keluar dari tokong Kuan Yin Temple di Lorong Ceylon di sini pada 29 Julai lepas. -BERNAMA

Tiada ulasan: