Rabu, 4 September 2013

SPRM diseru siasat rasuah pembelian undi di P.Pinang


sim-tze-tzim

PULAU PINANG: SPRM Pulau Pinang disaran untuk membuka kembali kes pembelian undi yang berlaku di negeri tersebut ketika menjelang PRU 13 lalu.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin dalam kenyataan media yang di keluarkan hari ini berkata kegiatan membeli undi yang melibatkan ribuan rakyat tersebut akan memberikan imej buruk kepada SPRM sekiranya tindakan tidak di ambil segera.

Ikuti kenyataan media Sim yang di keluarkan hari ini

Mengikut laporan akhbar pada 3hb September, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang telah berjaya mencapai KPI pada tahun ini dengan penangkapan hampir 30 suspek rasuah. Setakat ini, SPRM Pulau Pinang telah berjaya menangkap 28 suspek rasuah.

Mereka agak gembira atas prestasi mereka, saya juga tumpang kegembiraan. Akan tetapi saya ingin mencadang kepada SPRM Pulau Pinang, sekaligus menjadikan SPRM Pulau Pinang antara yang terbaik di negara ini.

Berikut ialah adalah cadangan saya kepada SPRM Pulau Pinang. Sebanyak 7 laporan SPRM telah dilakukan oleh pemimpin PKR pada 13hb Mei 2013 yang lalu mengenai kejadian kemungkinan pembelian undi oleh Kelab Kebajikan 1Malaysia di Pulau Pinang semasa pilihanraya umum yang lepas.

Semasa kempen PRU13, puluhan ribu pengundi di Pulau Pinang telah dihidangkan dengan jamuan makan, minum dan persembahan hiburan yang percuma. Pengundi di Pulau Pinang juga diberi baucar “bonus bertuah”, dimana pengundi dijanjikan akan menerima ganjaran berupa wang ringgit jikalau calon Bariasan Nasional (BN) menang.

Kebetulan juga, seminggu selepas PRU, pengundi di kawasan calon BN yang menang telah mendapat ganjaran wang ringgit di beberapa tempat yang tertentu. Pengundi Pulau Pinang dapat nampak, merasai, dan mendapat (ganjaran bonus) hasil daripada aktivit ini. Aktiviti ini adalah terancang, dilaksana secara besar-besaran, dan melibatkan berjuta-juta wang ringgit dan ratusan petugas.

Jika SPRM Pulau Pinang mengambil sikap serius bagi meneruskan siasatan terhadap kes ini, mereka mungkin dapat mengenalpasti ratusan suspek yang terlibat dalam aktiviti membeli undi.

Ini akan membantu SPRM Pulau Pinang mencapai tahap cemerlang dalam KPI mereka. Malangnya, Ketua SPRM Pulau Pinang Tuan Samarajoo telah menutup kes itu pada 9hb Julai 2013, dengan memaklumm kepada awam bahawa SPRM mendapati tiada unsur jenayah dan kekurangan bukti dalam kes ini.

Dalam kempen PRU, Pakatan Rakyat telah memberi prihatin yang utama terhadap pencegahan rasuah, dan majoriti 51% pengundi di Malaysia telah bersetuju dengan agenda yang dibawa oleh PR.

Pada bulan Julai 2013, Transparency International Malaysia (TI-M) Global Corruption Barometer (GCB) melaporkan bahawa hanya 31% rakyat Malaysia yakin dengan prestasi kerajaan pusat membanteras rasuah, dan ia adalah paling rendah dalam sejarah. Hakikatnya pengundi Pulau Pinang agak kecewa terhadap SPRM kerana tidak mendakwa orang-orang yang terlibat dalam aktiviti “bonus bertuah” .

Saya telah membantah keputusan menutup siasatan kes ini di sesi Parlimen yang lepas. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato Razali Ibrahim menjawab dan mengatakan bahawa panel penasihat SPRM boleh menyemak semula keputusan ini. Daripada memuji sendiri dalam kecemerlangan pencapain KPI, SPRM akan dinilai oleh orang awam tindakan mereka terhadap kes ini. Saya menyeru SPRM Pulau Pinang boleh membuka semula siastan berkaitan pembelian undi di Pulau Pinang pada PRU13.-mza

(*) Sim Tze Tzin – Ahli Parlimen Bayan Baru.

Tiada ulasan: