Khamis, 5 September 2013

SPRM didesak siasat semula skandal beli undi

Oleh Masdar Wahid

KUALA LUMPUR : Ahli parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin mendesak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat semula skandal beli undi pada pilihan raya umum (PRU) lalu seperti didedahkan Pakatan Rakyat.

“Saya menyeru agensi itu membuka semula siastan berkaitan ‘cabutan bertuah’ iaitu pembelian undi di Pulau Pinang pada PRU lalu.

Balik_Pulau_voucher2
Sim sebelum ini mendedahkan baucar ‘cabutan bertuah’ yang ditebus pengundi

“Jika kes ini terus disiasat, mereka mungkin mengenalpasti ratusan suspek terlibat sekaligus membantu SPRM Pulau Pinang mencapai tahap cemerlang dalam KPI mereka,” kata Sim dalam satu kenyataan.

Beliau mengulas kenyataan pengarah SPRM Pulau Pinang, Samarajoo Manikam 3 September lalu, kononnya agensi itu berjaya mencapai tahap KPI kerana membuka 38 kertas siasatan sehingga Ogos berbanding 30 yang ditetapkan.

“Semasa kempen PRU ke-13 puluhan ribu pengundi Pulau Pinang beri jamuan, hiburan percuma, baucar ‘cabutan bertuah’ serta dijanji wang jika BN menang.

“Seminggu selepas PRU, pengundi kawasan calon BN (yang) menang mendapat wang di tempat tertentu,” katanya.

Ekoran itu, pemimpin KEADILAN membuat tujuh laporan SPRM pada 13 Mei 2013 (berikutan) kemungkinan pembelian undi di Kelab Kebajikan 1Malaysia Pulau Pinang,

“Malangnya Samarajoo menutup kes 9 Julai lalu dengan alasan agensi itu dapati tiada unsur jenayah dan kekurangan bukti,” katanya.

Menurut Sim, jawapan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim kepadanya pada sidang Parlimen lalu bersetuju agar SPRM menyemak semula keputusan tersebut.

Video rasuah itu masih boleh ditonton di pautan ini

Julai lalu, Transparency International Malaysia (TI-M) dan Global Corruption Barometer (GCB) melapor hanya 31 peratus rakyat Malaysia yakin pentadbiran Datuk Seri Najib Razak membanteras rasuah dan ia paling rendah dalam sejarah.

Tiada ulasan: