Selasa, 3 September 2013

Selamat hari naik harga?

http://pascawanganbukitsentosa2.blogspot.com,




Tahniah atas kedunguan sesiapa yang mengundi BN dan pengundi atas pagar yang menyebelah BN. Rakyat masih tidak percaya bahawa BN sinonim dengan Barang Naik. Lepas ni nth apa lagi. Tapi Najib ada penawar, penawar  kemarahan pengundi BN atau rakyat 47% akan di berikan BR1M! Kalau nak tahu kelemahan Najib ..sila siasat ke mana duit 20 sen kenaikn minyak petrol  akan pergi akhirnya dan siasat dari mana datang duit BR1M?


Laporan Sinar Harian memaparkan kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen setiap liter berkuat kuasa jam 12.00 malam tadi amat menyusahkan rakyat. Jika diimbas kembali janji pilihanraya yang dibuat BN seperti tertera dalam gambar di bawah menunjukkan ramai tertipu dengan janji pilihanraya tersebut. 

Tidak sampai 6 bulan selepas pilihanraya Bn merelaisasikan 'endless posibilities' atau kemungkinan tanpa sempadan.

"Amalan boros BN beban rakyat," kata Anwar membalas tweet seorang pengikutnya.

"Protest; poor governance! Ref my Merdeka msg" kata Anwar membalas tweet pengikutnya yang menggunakan nama "@Matt5834."

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar juga dalam respon balasnya kepada pengguna twitter hanya berkata "Google Multiplier Effects."

Sementara itu, ahli Parlimen Batu Gajah dari DAP V. Sivakumar (igambar) dalam kenyataannya berkata PR telah menjangkakan perkara itu akan berlaku sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Malangnya , 47 peratus rakyat negara ini termakan tipu muslihat BN dan telah memenangkan komponen itu di 133 kerusi Parlimen.

Kenaikan itu jelas Sivakumar terbukti bahawa mereka ini berjaya diumpan oleh BN untuk kepentingan politiknya. Golongan ini telah dipengaruhi dan mempercayai kata-kata manis BN lantang membuat pemilihan yang salah dalam PRU13.

"Mereka ini diberi hadiah yang cukup istimewa oleh Barisan Nasional dengan menaikan harga petrol RON 95 dan diesel sebanyak RM0.20 per liter.

"Saya ucapkan Selamat Menyambut Hari Naik Harga Petrol kepada semua yang mengundi Barisan Nasional dalam PRU13," katanya dalam kenyataan tersebut.

Putrajaya mengumumkan harga petrol RON95 akan naik dari RM1.90 kepada RM2.10 manakala harga diesel pula akan naik dari RM1.80 kepada RM2.00.

Tiada ulasan: