Saniah menahan sebak berkongsi cerita kepayahan menjaga dan membesarkan tujuh anak selepas diceraikan tanpa sebarang nafkah.
SABAK BERNAM - Dengan hasil jualan nasi lemak itulah akak sara tujuh
anak sampai ada yang sudah berumah tangga, belajar universiti termasuk
tiga lagi yang masih di sekolah menengah,” kata ibu tunggal, Saniah Che
Mat, 50, menceritakan kepayahannya menyara anak-anak setelah diceraikan
suami lebih 12 tahun lalu.
Anak peneroka tanah rancangan Felda Sungai Tengi ini berkata, dia bercerai dengan bekas suami ketika anak bongsunya berusia 5 tahun yang berada di Tingkatan 4.
Katanya, diceraikan tanpa sebarang nafkah memaksanya mencari sumber pendapatan sendiri bagi menyara keperluan anak-anak walaupun sekadar menjual nasi lemak.
Menurutnya, hanya pekerjaan itu yang mampu dilakukan. Namun, dia bersyukur berkat kegigihan membesarkan anak-anak, empat daripada mereka berjaya menjejakkan kaki ke menara gading.
“Ketujuh-tujuh anak bersekolah, daripada tadika sampai universiti semua akak tanggung hasil jual nasi lemak. Pengalaman daftar salah seorang ke universiti dengan duit di tangan RM100 sayu kalau dikenang. Ketika itu tiada sebarang bantuan akak dapat," katanya sebak.
Katanya, setiap hari bangun seawal 3 pagi menyiapkan nasi lemak kerana jika lewat urusan persekolahan anak-anak akan terganggu.
“Semua dah biasa bagi akak, bangun awal pagi siapkan keperluan berniaga,” katanya.
Katanya, sesekali dia dibantu anak menyediakan keperluan berniaga termasuk membuat kuih-muih sebagai tambahan hasil jualan.
Menurutnya, semua anak membantunya termasuk yang belajar di universiti. Apabila cuti semester mereka pulang dan membantunya berniaga.
“Cuti semester mereka balik. Ada berkerja sambilan di restoran dekat Tanjung Malim. Alhamdulillah, mereka kalau nak belajar tahu berdikari,” katanya.
Saniah ahli Kelab Ibu Tunggal Muda (KITM) Gugusan Sungai Dusun ditemui pada majlis Jamuan Merdeka Raya anjuran persatuan tersebut malam kelmarin.
Ditanya pengalaman bersama KITM, Saniah berkata, nasibnya terbela sejak menyertai persatuan tiga bulan lalu.
“Ada juga ibu-ibu tunggal muda bertanyakan macam mana akak boleh jaga dan didik anak-anak seorang diri sampai berjaya. Kuncinya kita kena sabar dan beri anak-anak ayat dan doa yang baik.
"Akak kongsi dengan anak-anak pendapatan dan ajak mereka bincang macam mana nak atur perbelanjaan keluarga. Alhamdulillah semua anak akak faham,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan