Selasa, 24 September 2013

Rebat pengangkutan untuk Kakitangan Awam Selangor


rebat


SUBANG JAYA  : Seramai kira-kira 21,766 Kakitangan Awam Selangor bakal menerima manfaat daripada rebat pengangkutan awam yang akan dilaksanakan Kerajaan Negeri tidak lama lagi.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Kerajaan Negeri akan menyediakan bas pengantara dari stesen rangkaian pengangkutan awam terutama Terminal Bas di Seksyen 1, Shah Alam dan Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) di Seksyen 19, Shah Alam ke Bangunan SUK di bawah Majlis Pengangkutan Awam Selangor yang akan ditubuhkan tidak lama lagi.

Katanya, insentif itu akan membabitkan kakitangan awam di Bangunan SUK dan akan diperluaskan kepada kakitangan Pejabat Tanah dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“Kita merancang untuk memberi insentif ini kepada kakitangan awam negeri supaya penggunaan kenderaan dapat dikurangkan.

“Disamping itu, kita juga dapat membantu menaikkan ekonomi syarikat-syarikat pengendalian bas yang tidak lagi mendapat keuntungan ketika ini,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Dialog Belanjawan 2014 di Hotel Grand Dorsett.

Insentif rebat pengangkutan awam kepada kakitangan awam itu termasuk dalam tujuh perlaksanaan Manifesto Pilihanraya Umum Ke-13 Pakatan Rakyat  menerusi Pelan Tindakan Lima Tahun.

Tiada ulasan: