Selasa, 24 September 2013

Projek IC: Tindakan hanya diambil selepas laporan selesai

OLEH MOHD FARHAN DARWIS
 

Tiada tindakan akan diambil berhubung "Projek IC" sehingga Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang asing di Sabah selesai menyiapkan laporan penuh mereka, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim (gambar).

RCI yang dipengerusikan Bekas Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim itu seharusnya tamat pada 21 September, namun dilanjutkan sehingga 21 Disember.

"Semua perkara yang dibangkitkan dalam RCI akan diambil tindakan. Kita akan tahu berapakah angka sebenarnya selepas siasatan selesai.

 "Setelah siasat, ada kesalahan, kita pasti akan ambil tindakan, jadi kita minta bersabar dahulu, apa yang dibangkitkan dalam suruhanjaya itu bukan satu keputusan," katanya kepada Dewan Rakyat ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.

Tiada ulasan: