Isnin, 2 September 2013

Polis: Ketua kongsi gelap bekas anggota TUDM

MALAYSIA KINI

 

Seorang bekas anggota tentera yang ditembak mati dalam kejadian di Ipoh semalam dikenalpasti sebagai seorang pemimpin kumpulan kongsi gelap “36”.

Perkara itu disahkan oleh ketua jabatan siasatan jenayah Perak Datuk Mohd Dzuraidi, laporan Berita Harian Online hari ini.

Menurutnya, individu berkenaan S Jampu Kesyan, 39 maut dalam pergaduhan membabitkan kumpulan "36", "04", dan "08" di depan sebuah restorandi Taman Rishah, Silibin.

“Pergaduhan juga dipercayai (akibat) berebut kawasan pengedaran dadah,” katanya seperti dipetik laman tersebut.

Jambu, bekas anggota pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia maut akibat ditembak tiga das pada jarak dekat, menurut laporan itu lagi.

Tiada ulasan: