Rabu, 25 September 2013

Pakatan: Belanjawan negara perlu jujur, ketepi agenda kroni

Oleh Mohd Arif Juhani


KUALA LUMPUR : Kerajaan perlu membentangkan belanjawan negara secara jujur dan berani tanpa berselindung dengan unjuran ekonomi yang kerap tersasar hingga memerlukan pembentangan Usul Perbekalan Tambahan setiap tahun.

Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, sejak 1998, sudah 16 tahun Malaysia mengalami belanjawan defisit walaupun sebelum itu, pengurusan kewangan negara cukup sihat dengan belanjawan lebihan yang membanggakan.

Izzah lagi

“Sikap berselindung kerajaan terhadap belanjawan akhirnya melahirkan ‘Belanjawan Tidak Jujur’,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Ujar Naib Presiden KEADILAN itu, Pakatan Rakyat memandang penuh prihatin terhadap pembentangan Usul Perbekalan Tambahan ke atas perbelanjaan operasi bernilai RM15.014 bilion meliputi dua perkara iaitu RM14.13 bilion untuk perbelanjaan bekalan dan RM888.46 juta lagi untuk perbelanjaan tanggungan.

“Usul Perbekalan Tambahan ini sebenarnya memberikan tamparan hebat kepada ikrar Perdana Menteri untuk mengurangkan defisit Malaysia dan ia akan memberi kesan negatif terhadap kesihatan perbendaharaan awam Malaysia dan pemantapan kedudukan fiskal.

“Justeru, kita mesti jujur dan berani mengaku bahawa ketirisan, rasuah dan salah urus kewangan kerajaan yang bersandarkan dasar ekonomi yang mengherotkan ekonomi seperti program Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera.

“Hal ini kerana, program ini terbukti memusatkan kekayaan kepada mereka yang terpilih dan bukan mengagihkan kekayaan kepada mereka yang terpilih dan bukan kepada yang layak,” katanya.

Tiada ulasan: