MALAYSIA KINI
Sebuah
NGO membangkitkan persoalan berhubung status siasatan kes kemalangan
maut yang dilaporkan setahun lalu tetapi siasatannya didakwa masih tidak
selesai sehingga ke hari ini.
Merujuk kepada kes mendiang Tan May Teng, Ketua Koordinator Jingga13 Fariz Musa mendakwa, kes yang didakwanya "langgar lari" pada 3 September tahun lalu itu baru dimulakan siasatan pada hari ini.
Fariz (kanan) mendakwa, pada hari ini, polis baru membawa suami dan ibu mendiang ke tempat kejadian , mengambil gambar, mengukur dan mengambil kenyataan.
"Bermakna sepanjang satu tahun tersebut tidak ada sebarang tindakan dan siasatan yang diambil oleh pihak polis trafik Klang...," katanya sambil berkata empat laporan polis sudah dibuat berhubung kes itu.
Dalam kenyataannya hari ini, Fariz berkata, kumpulan itu bersama keluarga mangsa dan Naib Presiden PKR Tian Chua telah menghantar memorandum menuntut keadilan untuk Tan.
Beliau bagaimanapun memuji tindakan segera Ketua Polis Negara Tan Sri Khaid Abu Bakar selepas mendapat memorandum mereka.
Menurutnya lagi, Tan meninggal dunia ekoran berlaku kemalangan di Jalan Persiaran Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan