MALAYSIA KINI
Menteri
Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
menggesa masyarakat Cina hari ini agar membuang jauh rasa bersalah
terhadap peristiwa 13 Mei yang digambarkan sebagai dicetuskan oleh kaum
itu dalam filem Tanda Putera."Saya tak fikir seluruh generasi orang Cina hari ini perlu rasa mereka bersalah. Ini atas indidivdu.
"Kalau benda itu dilakukan sesetengah individu, takkan seluruh masyarakat Cina kena bertanggungjawab," katanya.
Beliau berkata demikian selepas ditanya wartawan tentang komennya terhadap filem itu yang dianggap sesetengah pihak menonjolkan orang Cina sebagai pencetus peristiwa 13 Mei 1969.
Bercakap lanjut, Nazri menjelaskan parti politik hari ini juga tidak perlu berasa takut dengan kebenaran tentang perbalahan antara kaum yang dicetuskan parti politik seperti digambarkan dalam filem itu.
Walaupun tidak merujuk secara langsung, kenyataannya itu dipercayai ditujukan kepada DAP yang membantah tayangan filem itu di pawagam di Pulau Pinang.
"Sekarang kita bercakap tentang keterbukaan, kenapa rasa takut? Sebab parti itu dulu memang jahat ke?
"Terimalah hakikat, itu parti dulu. Sekarang dah baik dah kot (mungkin). Dah jadi kerajaan dah semuakan...
"Kebenaran perlu dinyatakan," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan