Isnin, 23 September 2013

Nawi ajak ‘Jom tanam sayur’; Pak Lah dah lancar ‘Bumi Hijau’

BULETIN ONLINE
 
 
Pada Mac 2006, Program Kempen Bumi Hijau yang dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) yag menyebut ia mengandungi empat komponen utama tanaman, ternakan, akuakultur dan pembangunan sosial dan ia dilaporkan telah dilaksanakan di seluruh negara.

“Di bawah program ini, warga bandar digalakkan menaman sayursayuran daun, sayuran buah, herba, rempah ratus, ulam-ulaman, ternakan ikan dalam kanvas dan ternakan ayam kampung yang boleh dihasilkan secara berterusan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Bumi Hijau Warga Putrajaya pada 29 Jun 2009.

Sebelum itu pada 19 Ogos 2008, Pak Lah kata jangan menjalankan program Bumi Hijau secara ‘hangat-hangat tahi ayam’ dengan hanya mengusahakannya pada musim-musim tertentu sahaja dan program itu perlu dijayakan secara bersungguh-sungguh bagi memastikan ia berjalan lancar dan menepati objektif pelaksanaan.

Bumi Hijau adalah program gantian kepada Dasar Buku Hijau yang menjadi program Kementerian Pertanian Dilancarkan pada peringkat Negeri Terengganu pada akhir 2006 di Medan Jaya, Marang.

Walaupun program ini menjadi program utama yang diputuskan kementerian, namun tidak ada peruntukan kewangan khusus bagi perlaksanaan, samada oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu atau pun Jabatan Pertanian Negeri Terengganu.

Sewaktu majlis pelancaran peringkat Negeri Terengganu, pelbagai jenis sayuran yang dipamerkan kelihatan ditanam dikawasan perumahan adalah sebenarnya adalah diusahakan oleh para pegawai dan kakitangan Jabatan Pertanian Negeri Terengganu

Program ini juga adalah sebenarnya ‘satu bentuk penipuan yang jelas’ oleh pihak-pihak yang terbabit kerana Kerajaan Negeri mahupun pihak Jabatan Pertanian Negeri tidak ada apa-apa perancangan perlaksanaan program ini.

Tinjauan dan pemerhatian telah dibuat oleh NGO Gerak Tani Sedar yang melawat tapak di Medan Jaya telah mendapati bahawa projek Kempen Buku Hijau hanyalah satu usaha melepaskan batuk di tangga.

Apabila ditanya kepada mereka yang menyertai program itu, berapakah hasil diperolehi daripada program tersebut, mereka menjawab, program ini hanya untuk pameran dan lawatan sahaja. Sekiranya pokok sudah mati atau tidak subur, maka pegawai dari Jabatan akan datang untuk menggantikan yang baru.

1234960_566384753397010_497454223_n 

Ahmad Said basmi kemiskinan dengan ‘bumi hijau’

Menteri Besar Ahmad said berkata di Kampung Pelandan, pelaksanaan program Bumi Hijau berteraskan “Tanam Ternak Guna Sendiri, Jimat Cermat Bina Ekonomi”, bukan sekadar mampu mengurangkan kos perbelanjaan harian keluarga, tetapi juga satu langkah bagi memastikan hasrat kerajaan negeri menyasarkan bilangan rakyat termiskin tegar sifar menjelang 2010.

Beliau berkata, semua pihak perlu menyambut saranan kerajaan bagi menjayakan program ini kerana ia dapat membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat. Golongan PPRT perlu lebih sensitif dan responsif terhadap apa jua bentuk tawaran kerajaan dalam usaha memberi peluang kepada mereka berdikari, sekaligus membantu keluar daripada kepompong kemiskinan.

Penyertaan dari sekolah-sekolah negeri juga digalakkan dalam program ini dan sehingga April 2009, sebanyak 90 buah sekolah di negeri ini melibatkan diri dalam Program Bumi Hijau. Pelaksanan di peringkat sekolah mampu menyemai kecintaan terhadap alam sekitar di kalangan pelajar selain dapat menyihatkan tubuh badan serta membantu mengurangkan tekanan kerana ia membabitkan aktiviti-aktiviti yang bersifat riadah.

Namun sehingga kini, miskin tegar masih ramai dan melarat bahkan masih ramai yang tidak berumah, tinggal didlam kotak, tinggal di reban ayam dan yang terbaru tinggal dalam kanvas bawah pokok.

Lancar “Jom tanam sayur” pula

Semalam 22 September 2013 Kerajaan negeri umumkan akan melancarkan kempen `Jom Kita Tanam Sayur’ dalam usaha manjamin kesihatan serta mengatasi masalah kekurangan bekalan sayur-sayuran di negeri ini bulan depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani dan Perusahaan Perladangan dan Komoditi negeri YB Nawi Mohamad berkata program itu menggalakkan setiap buah rumah menanam jenis tanaman yang hendak dimakan.

“Kita akan adakan kempen supaya setiap buah rumah menanam apa yang dia hendak makan dan dia makan apa yang dia tanam,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian pembukaan kedai perabot mesra alam.

Tiada ulasan: