Rabu, 4 September 2013

Naik 20 sen; Dua Stesyen Henti Jual RON 95 sejak jam 7 petang

BULETIN ONLINE
 
KUALA TERENGGANU – Sebaik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kenaikan harga minyak pada kira-kira jam 6.30 petang tadi, dua buah stesyen minyak di Jalan Kelantan dekat sini telah menghentikan jualan RON 95 sejak jam 7.00 petang.

Ketika ditanya, petugas stesyen terbabit berkata, minyak tersebut hanya boleh dibeli pada malam ini.

ron95 naik sen1

Najib pada sidang media di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya telah mengumumkan harga minyak RON95 dan diesel naik 20 sen berkuatkuasa tengah malam ini.

Menurutnya, ini salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan.

Oleh itu, RON95 akan berharga RM2.10 seliter manakala diesel pula RM2.00 Ini kenaikan pertama minyak terbabit pada tahun ini, manakala RON 97 telah dinaikkan pada bulan Mac lalu.

Ramai yang memberikan ‘komen sinis’ dengan pengumuman kenaikan minyak tersebut antaranya, ‘Janji DiTepati Minyak Naik Lagi’, dan ‘Hadiah BN Selepas PRU-13′.

Majoriti rakyat tidak terkejut dengan kenaikan harga tersebut kerana telah menduga ia akan dinaikkan oleh kerajaan BN selepas menang tipis pada PRU-1 lalu.

Bendahari PAS Terengganu M.Shukrimun Shamsuddin berkata PAS masih berpegang kepada janji atau manifesto yang diumumkan oleh Pakatan rakyat pada PRU-13 lalu.

“Kita masih berpegang dengan janji kita sekeranya diberi peluang memerintah negara, harga minyak akan diturunkan dengan satu nilai yang memberi keselesaan kepada rakyat,”ujarnya ketika dihubungi.

Oleh itu, beliau optimis dengan kenaikan yang dimumkan Perdana Menteri akan menyebabkan harga ‘rantaian’ barangan dan perkhidmatan akan mengalami kenaikan,  kerana tidak ada satu barangan yang tidak berkait dengan pengangkutan.

“Satu kesan langsung yang tak dapat tidak akan berlaku ialah……. kenaikan harga barangan lain yang ada kaitan dengan (penggunaan) minyak. Ada ke barangan yangg tidak ada kaitan dengan pengangkutan?,”soal beliau

Tiada ulasan: