Rabu, 25 September 2013

MP PKR-Padang Serai Surendran Diarah Keluar Dari Dewan Rakyat


 
N. Surendran.


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Padang Serai, N. Surendran diarah keluar dari Dewan Rakyat kerana membangkitkan satu petisyen meskipun ia tidak diluluskan oleh speaker.

Beliau yang menjadi ahli parlimen untuk penggal pertama itu membangkitkan mengenai kematian tahanan P.Karuna Nithi tetapi diberitahu oleh Speaker, Tan Sri Pandikar Amin supaya menunggu sehingga selepas sesi soal jawab.

Kekecohan itu menyebabkan Pandikar mengarahkan Surendran yang juga Naib Presiden PKR keluar dari Dewan Rakyat.

Surendran pada sidang media berkata, tindakan speaker itu terlalu angkuh dan diktator.

"Tindakan saya itu menurut peraturan 14 (f) undang-undang dewan di mana membenarkan petisyen bagi orang awam untuk dibangkitkan," kata beliau.

Turut serta pada sidang media itu adalah Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan Ahli Parlimen Subang, M. Sivarasa yang membidas mengenai tindakan Speaker.

Surendran menjadi Ahli Parlimen pertama yang diarah keluar dari Dewan Rakyat bagi sidang kali ini.

Tiada ulasan: