Selasa, 24 September 2013

Melayu paling ramai ditembak mati, kata KDN

OLEH MOHD FARHAN DARWIS

Penjenayah kaum Melayu paling ramai ditembak mati bagi tempoh antara 2009 hingga tempoh (Januari-Ogos) 2013 dengan iaitu 56 orang, kata Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Sementara itu,  bagi penjenayah berbangsa India (41), Cina (23) dan Bumiputera Sabah dan Sarawak seramai empat orang, daripada 114 kes jenayah.

Kenyataan itu diterima daripada jawapan bertulis Kementerian Dalam Negeri kepada pertanyaan Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng.

 Pada masa sama, sebanyak 898 senjata api pelbagai jenis dirampas sepanjang tempoh lima tahun berkenaan.

Antara jenis senjata api termasuk senjata semi-auto (319); revolver (120); rifle (22); senapang patah (84); bom tangan (31); air gun (105); pump gun (20); smg (4); dan senjata buatan sendiri (193).

Tiada ulasan: