Isnin, 23 September 2013

Lagi NGO tampil menyokong protes kenaikan harga minyak

 
Program ini telah disokong oleh 20 lebih NGO seluruh Malaysia.




KUCHING: Lebih banyak NGO dan wakil parti politik tampil menyokong protes kenaikan harga minyak yang bakal diadakan pada 28 September ini.

Dalam satu sidang media khas bersama NGO dan wakil daripada parti politik hari ini, jurucakap Penganjur bersama, Abib Ismadi, aktivis Teori Timur, protes ini menuntut penurunan kembali harga minyak dan mengembalikan subsidi rakyat serta mengurangkan subsidi korporat.

“Kami sebagai gabungan NGO bantah kenaikan harga minyak menyeru masyarakat awam untuk hadir bersama kami pada masa yang telah ditetapkan. Untuk pengetahuan semua, program ini telah disokong oleh 20 lebih NGO seluruh Malaysia,” katanya.

Beliau juga menjelaskan bahawa gabungan ini terdiri daripada Pusat Teori Timur, Sarawak Youth for Change, Angkatan Muda Keadilan (AMK), Persatuan Anak Muda Sarawak (PAMS) dan Sarawak Dayak Iban Association (SADIA) untuk kawasan Sarawak.

“Selain itu, kita mendapat sokongan dari rakan-rakan NGO kita di Semenanjung.” tambah beliau.

Pengerusi bersama, Nicholas Mujah berkata: “Bagi kita (SADIA) amat menyokong misi untuk memberi kesedaran kepada masyarakat di luar pesisir kerana kenaikan minyak yang kita hadapi adalah amat bertentangan dimana pemerintah (BN) yang kita ada sekarang semasa PRU lalu tidak akan membebankan masyarakat luar bandar.”

“Rakyat di luar bandar banyak membuat aduan kepada kita kerana mereka sangat merasakan kesan kenaikan ini disebabkan masalah pengangkutan dan kos yang tinggi untuk bergerak.” tegas beliau.

Beliau juga memohon agar kerajaan menyemak kembali harga minyak dan lebih mengutamakan masyarakat luar bandar.

Jurucakap Persatuan Anak Muda Sarawak (PAMS), Mohd Salleh Shawkatali, menyokong protes “Walk Against 20 cent”.

Dalam reaksi berasingan, Mohd Salleh menjelaskan: “Menurut kajian FOMCA yang dilakukan, terdapat lebih kurang 14 belia bangkrap setiap hari. Bukan itu sahaja menjelang tahun 2020, seramai 120000 belia akan bangkrup dan menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, berkata sehingga bulan Ogos tahun ini, 2011 penjawat telah bangkrup.”

“Sebagai belia di Sarawak, kita menggesa pihak kerajaan lebih peka dengan masalah kita terutama sekali belia yang akan menjadi penerus kepimpinan negara.” tegas beliau.

Sementara itu, jurucakap DAP Tupong, Abdul Aziz Isa juga menyokong protes ini dan berkata kenaikan harga minyak ini amat bermasalah kerana kadar gaji minimun di Sarawak cuma RM800.

“Kenaikan 20 sen ini walaupun kecil tetapi memberi impak kerana kadar kos yang berperingkat-peringkat untuk sampai kepada golongan sasar.” katanya.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Sarawak melalui jurucakapnya, Siti Norazarizah Rahman dan Mohd Yusof daripada Angakatan Muda Keadilan (AMK) menyokong penuh protes ini.

Mengenai permit, pihak penganjur sudah memaklumkan protes ini kepada pihak Polis.

Turut baca:
Protes kenaikan harga minyak di Kuching 28 September

Tiada ulasan: