Isnin, 9 September 2013

Ku Nan: Ku Li tak akan cabar Najib



 
Setiausaha agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata beliau yakin bahawa bekas naib presiden Tengku Razaleigh Hamzah menyokong Datuk Seri Najib Razak dan tidak akan merebut jawatan presiden parti.

"Itu dia belum cakap lagi... Dia baru cerita-cerita... Tunggu sajalah, tunggu hari penamaan calon.

"Saya rasa dia tak bertandinglah... Saya ingat, dia tahu apa Datuk Seri Najib telah laksanakan dan ia juga menyokong Datuk Seri Najib untuk mencapai negara maju pada tahun 2020," katanya.

Walaupun sistem pemilihan kali ini memberi peluang mana-mana pemimpin Umno untuk bertanding, Tengku Adnan turut menasihatkan mereka yang menawarkan diri supaya "tidak merosakkan" parti.

"Ukur bajulah dengan badan... Jangan kita sengaja nak bertanding, sengaja nak merosakkan parti. Yang penting, parti mempunyai wadah perjuangan," katanya kepada pemberita hari ini.

Tiada ulasan: