Anggota keluarga bekas pemimpin komunis Chin Peng menegaskan mereka tidak akan menyeludup abu mayat mendiang masuk ke negara ini.
Menolak laporan akhbar berhubung perkara itu, jurucakap keluarga Chang Yuan berkata, Chin Peng seorang lelaki yang hebat, justeru itu ia mesti dilayan dengan penuh kehormatan.
"Kenapa kita harus menyeludup abunya?
"Kami hanya akan membawanya masuk dengan jalan yang betul dan penuh maruah," katanya kepada Malaysiakini di Bangkok dalam majlis mayatnya dipamerkan untuk penghormatan terakhir.
Justeru, beliu berkata, laporan akhbar yang memetik sumber tidak dinamakan sama sekali tidak benar dan sebarang rancangan berhubung abu mayatnya akan diumumkan di media oleh anggota keluarga sendiri.
Anak saudara Chin Peng, Lee Suvit, bagaimanapun tidak menolak kemungkinan bahawa sumber yang dipetik itu mempunyai motif tersendiri.
"Mungkin ia seorang yang mengambil berat tentang abu itu, atau mungkin juga seorang yang mempunyai tujuan lain," katanya ketika ditemui.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan