Jumaat, 13 September 2013

Isu babak kencing: DAP saman Puad, Utusan

 


 

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengemukakan surat tuntutan kepada anggota majlis tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi dan akhbar milik parti tersebut, Utusan Malaysia atas laporan bertarikh 7 September berhubung filem 'Tanda Putera'.

Dalam surat tuntutannya, peguam Lim, Karpal Singh & Co berkata Puad dengan “tidak benar dan berniat jahat” menyatakan bahawa Lim cuba menghalang filem tersebut daripada ditayang di Pulau Pinang kerana “mahu menyembunyikan babak biadap seorang pemimpin DAP”.

Puad berkata tindakan Lim untuk menghentikan penayangan filem tersebut hanya untuk menyembunyikan kebiadaban penasihat DAP Lim Kit Siang kerana kencing di hadapan rumah menteri besar Selangor Datuk Harun Idirs semasa rusuhan kaum 13 Mei 1969.

Surat tuntutan itu menyebut Puad dan Utusan “dengan cuai, tidak benar dan berniat jahat, dengan mengabaikan kebenaran bagi kewartawanan bertanggungjawab dengan cara paling teruk, tanpa mengesahkan kebenaran dakwaan tersebut dengan anak guan kami mengenai kata-kata yang dipersoalkan itu, menerbitkan kata-kata berkenaan”.

Menurut surat tersebut, kata-kata berkenaan menyebabkan reputasi Lim dirosakkan dengan serius dan tidak boleh diperbaiki lagi.

Peguam Jagdeep Singh berkata mereka menyerahkan kepada mahkamah untuk menentukan ganti rugi teladan dan teruk kepada Lim.

Tiada ulasan: