Khamis, 5 September 2013

Isu air: Rafizi kumpul aduan ke Tribunal Tuntutan Pengguna

Azuan Ab Rahman

KUALA LUMPUR R: Pusat Khidmat Parlimen Pandan kini mengumpulkan sebanyak mungkin maklumat orang awam bagi memfailkan tuntutan terhadap Syabas ke Tribunal Tuntutan Pengguna (TTP).

Ahli Parlimen Pamdan, Rafizi Ramli (gambar) ketika dihubungi berkata, pihaknya kini dalam proses menghubungi semula pengadu yang mengisi borang tersebut untuk mendapatkan tandatangan mereka.

“Sekarang kita dalam proses menghubungi kembali lebih kurang 300 pihak yang mengisi borang tuntutan tersebut bagi mendapatkan tandatangan mereka sebelum kita dapat serahkan tuntutan tersebut kepada pihak Tribunal.” kata Rafizi kepada Keadilandailly.

RafiziPusat Khidmat Parlimen Pandan minggu lalu melancarkan kempen mengumpul maklumat dan tandatangan pengguna yang terjejas setiap kali berlaku gangguan bekalan air kendalian SYABAS.

Tuntutan tersebut difailkan menurut Seksyen 53, Akta Perlindungan Pengguna 1999 yang menyebut :

“Jika perkhidmatan dibekal kepada pengguna, maka hendaklah tersirat suatu gerenti bahawa perkhidmatan itu akan dijalankan dengan ketelitian dan kemahiran yang munasabah,”

Tambahnya, kempen tersebut akan dijalankan berterusan dan pihaknya akan mengumpul sebanyak mungkin tuntutan orang awam untuk dikemukakan kepada tribunal tersebut.

“Kita lakukan ini secara berterusan, kemungkinan besar tuntutan pertama akan kita serah ke tribunal tersebut pada Rabu hadapan,” jelas Rafizi sambil meminta lebih ramai orang awam mengambil bahagian.

Orang ramai boleh mengisi borang aduan untuk dihantar ke TTP melalui pautan ini

Tiada ulasan: