Khamis, 19 September 2013
Ibu mangsa bunuh tuntut keadilan di Tribunal Rakyat
Ibu kepada Pembantu Keselamatan parti PKR, mendiang K Murugan yang dipercayai dibunuh sebelum pilihan raya umum lalu berkongsi pengalaman mengenai kisah anaknya di Tribunal Rakyat Bersih, hari ini.
Rajamah Panchaipan memberitahu, kali terakhir dia melihat anaknya pada 1 Mei 2013 lalu, lima hari sebelum Pilihan Raya Umum 2013 (PRU13).
"Dia balik ke rumah pada tengah malam dan kemudian keluar lagi ke (tempat) ceramah.
"Mayatnya ditemui pada 5 Mei (hari pilihan raya)," katanya.
Rajamah berkata, mayat Murugan ditemui kira-kira jam lima petang dan dia dimaklumkan oleh polis. tiga jam kemudiannya.
Gurdial: Kamu kata dalam laporan, anak kamu menerima ugutan. Ia dua atau tiga kali sebelum dia hilang?
Rajamah: Benar.
Gurdial: Adakah anda memberitahu kepada polis mengenai ugutan tersebut?
Rajamah : Ya.
Gurdial : Adakah polis memberitahu tindakan mereka setelah menerima laporan anda?
Rajamah: Tidak, tiada tindakan.
Rajamah yang kelihatan tertekan memberitahu ahli panel bahawa belia ingin mendapatkan keadilan bagi kematian anaknya.
"Saya mahu keadilan untuk anak saya. Apa yang terjadi kepada saya tidak patut terjadi kepada ibu lain," katanya.
Murugan, 36, adalah pembantu keselamatan bagi Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk calon PKR, K Vasantha Kumar, yang turut disoal awal pagi tadi.
Pada Pilihan raya lalu, Vasantha kalah kepada calon MIC, Datuk M Saravanan dengan 7, 927 undi.
Beliau memberitahu tribunal bahawa Murugan tetap datang ke tempat kerja seperti biasa walaupun sering menerima ugutan bunuh yang turut diterima pekerja kempen lain ketika tempoh berkempen sebelum Pilihan PRU13.
Empat hari selepas dilaporkan hilang, mayat Murugan ditemui, dengan kaki dan tangan terikat timbul di kolam Bemban di Taman Perindustrian, Batu Gajah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan