Isnin, 23 September 2013

GLC boleh arahan Najib tidak beli iklan Utusan, kata Paul Low

OLEH DIYANA IBRAHIM

Paul Low nafi jadi 'window dressing' bagi Najib. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 23 September, 2013.Paul Low nafi jadi 'window dressing' bagi Najib. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari























Datuk Paul Low hari ini berkata syarikat berkaitan kerajaan (GLC) boleh mengendahkan arahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk kerajaan untuk tidak membeli iklan dalam akhbar Utusan Malaysia.
Bagaimanapun sekiranya keputusan untuk membeli iklan dalam akhbar Utusan itu boleh mendatangkan faedah maka ia harus dipertimbangkan oleh syarikat tersebut.

"Saya percaya Najib hanya mengharapkan bukan mengarahkan seperti yang didakwa pembangkang namun ia tidak harus seperti dilihat memihak kepada apa yang disarankan beliau

 "Akhirnya ia akan berbalik kepada kuasa pasaran dan sekiranya membeli iklan boleh mendatangkan keuntungan maka apa salahnya,namun sekiranya tidak seperti dijangkakan maka Perdana Menteri tidak boleh disalahkan "katanya kepada media selepas melancarkan program Persidangan Kebangsaan Audit Dalaman di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur (KLCC).

Dalam masa sama, Low turut menafikan beliau hanya sebagai "window dressing" bagi pihak kerajaan seperti didakwa DAP.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, beliau hanya menyerahkan kepada rakyat menentukan sendiri sama ada benar atau tidak dakwaan tersebut.

"Sama ada saya 'window dressing' atau tidak, anda yang tentukan tapi bagi pihak saya telah menentukan segala terbaik untuk rakyat,"

Low turut menolak dakwaan yang kononnya tindakan Najib itu kerana wujud kepentingan peribadi ekoran akhbar tersebut milik parti Umno

Sebelum ini Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua menyelar Low sebagai "window dressing" bagi Najib dan Perdana Menteri itu memperalatkan pelantikannya membuktikan kononnya kerajaan bersungguh-sungguh
Pua turut mencabar Low untuk meletakkan jawatan daripada Kabinet sekiranya gagal melaksanakan tanggungjawab memastikan ketelusan dalam sebaran tindakan kerajaan.

“Paul Low harus bukan hanya sekadar memberi maklum balas beliau secara dalaman tapi hati nuraninya sendiri mesti bersetuju bahawa arahan yang diberi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya kerajaan mengiklankan lebih banyak bahan kepada akhbar Utusan Malaysia merupakan konflik kepentingan yang teruk dan boleh menjejaskan wang pembayar cukai,"katanya.

Semasa perasmian Ibu Pejabat baru Utusan Melayu di Jalan Chan Sow Lin, Najib yang juga Presiden Umno mendakwa akhbar itu tidak boleh bergantung kepada jumlah pengedaran akhbar semata untuk kekal dalam perniagaan dan pengiklanan diperlukan untuk memastikan ia terus bertahan.

Tiada ulasan: