Rabu, 4 September 2013

‘Flashmob’ Pemuda Kuala Nerus; Bantahan ‘diam’ rakyat bawahan

BULETIN ONLINE

KUALA NERUS – Lebih lima puluh orang pemuda PAS Kuala Nerus mengadakan ‘flashmob’ di Bulatan Batu Enam dan Sipang Empat Kampung Tok Jiring dekat sini, membawa suara rakyat bawahan membantah kenaikan harga minyak RON 95 dan Diesel.

ridzuan hashim flashmob batu 6

Ketua Pemuda PAS Kuala Nerus YB ustaz Ridzuan Hashim berkata ‘flashmob’ mewakili bantahan menyeluruh rakyat yang terbeban dengan kenaikan harga sebagaimana yang diumumkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak pada 2 September.

“(ia) sebagai tanda prihatin terhadap isu kenaikan harga minyak petrol (RON 95) dan diesel, maka Pemuda PAS Kaw kuala Nerus pada hari ini (semalam), telah mengadakan flashmob,

“sebagai bantahan ‘diam’ mewakili (suara) rakyat bawahan di dua lokasi iaitu di Bulatan Batu 6 dan di Simpang Empat Kampung Tok Jiring bermula pada jam 6 sehinggan 7 petang tadi,”ujarnya ketika ditemui selepas ‘flashmob’ yang diadakan pada 3 September.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Terengganu berkata, ‘flashmob’ itu diadakan secara aman tanpa sebarang provokasi dan gangguan kepada keamanan dan keselesaan, bahkan mendapat sokongan orang ramai.

ridzuan hashim flashmob batu 6a

“Bunyi hon kenderaan (yang tidak henti-henti) pengguna jalan raya sepanjang ‘flashmob’ berlangsung, menunjukkan sokongan rakyat terhadap bantahan senyap yang diadakan,

“kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen sememangnya mendapat bantahan menyeluruh daripada rakyat bawahan kerana ternyata ia membebankan mereka lebih-lebih lagi apabila ia akan memberi kesan kepada kenaikan harga barang bermula hari ini,”jelas ADUN Teluk Pasu itu.

Beliau turut menyelar pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) yang pernah berjanji bahawa harga minyak tidak akan naik selepas pilihnaraya umum ke-13 dan harga RON 95 kekal pada tahun ini.

“Tindakan kerajaan BN ini jelas sekali tidak mesra rakyat dan bercanggah dengan slogan janji ditepati apabila PM (dan Menteri kabinet) sendiri mencabulinya setelah berjanji bahawa harga minyak tidak akan dinaikkan selepas PRU-13,”tegasnya.

Tiada ulasan: