Isnin, 16 September 2013

Fitnah II: Permohonan Anwar ketepi rayuan diketuai peguam Umno didengar esok

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR : Permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggugurkan peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah daripada pasukan pendakwaan akan didengar di Mahkamah Rayuan Putrajaya esok, 17 September dan seterusnya 18 September.

Rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan mahkamah membebas dan melepaskan Ketua Umum KEADILAN itu dalam kes tersebut juga akan didengar pada tarikh sama.

Perkara itu diputuskan dalam pengurusan kes di Mahkamah Rayuan pada 1 Ogos lalu.

901 anwar

Anwar dibebas dan dilepaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 12 Januari lalu daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008.

Pasukan peguam Anwar membantah perlantikan Muhammad Shafee yang mengetuai pasukan pendakwaan bagi kes rayuan Fitnah II kerana beliau merupakan peguam pro Umno.

Menurut Anwar, notis bantahan diserah kepada mahkamah kerana jelas kes tersebut bermotif politik dan bertujuan menghentikan kegiatan politik beliau.

“Kita mempersoal kepentingan kerajaan dalam melantik Shafee yang jelas prejudis terhadap kes ini untuk mengetuai pendakwaan,” kata Anwar kepada pemberita berhubung bantahan tersebut.

“Dengan sikap prejudis Shafee, mustahil kes ini ditangani secara profesional, kita faham mungkin kerajaan kekurangan peguam profesional untuk mengetuai kes ini,” sinis beliau.

Shafee sebelum ini mendapat kecaman pengguna internet kerana dikatakan merangka konspirasi dengan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memusnahkan imej Anwar.

Tiada ulasan: