KL TODAY
Pelancaran
kempen baru Putrajaya “Endless Possibilities” dalam negara telah
ditangguhkan dari tarikh asal 17 September kepada satu tempoh yang
belum pasti selepas mendapati Mongolia menggunakan slogan sama 19 bulan
sebelum Malaysia.The Malaysian Insider difahamkan, pegawai-pegawai yang
menguruskan kempen panik kerana Mongolia merupakan satu subjek
sensitif selepas dua anggota polis Malaysia didakwa dan kemudian
dibebaskan di atas tuduhan membunuh warga Mongolia Altantuya
Shaariibuu.
“Pelancaran di Malaysia dibatalkan, masih belum ada tarikh baru,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.
Slogan
kempen itu secara rasmi digunakan buat pertama kali di Davos Januari
lepas semasa Forum Ekonomi Dunia (WEF) walaupun Kementerian Pelancongan
sudah memperkenalkannya di Dubai pada Oktober 2012.
Blogger
pro kerajaan telah mengkritik kempen itu mengatakan ianya meniru kempen
sama Israel yang bermula April lepas. Akan tetapi kemudiannya mereka
mendapati Mongolia telah menerbitkan video dan disiarkan oleh penyiar
berita global CNN menggunakan slogan sama.
Akan tetapi jurucakap kempen mengatakan ia tetap akan dilancarkan tetapi tidak memberikan tarikh pasti.
“Inisiatif
ini tetap akan dilancarkan, 17 merupakan salah satu tarikh
dipertimbangkan,” kata seorang jurucakap yang enggan dinamakan.
Tarikh 17
September dipilih kerana ia merupakan sehari selepas Malaysia menyambut
ulangtahun ke-50 penubuhannya apabila Malaya, Singapura, Sabah dan
Sarawak bersetuju menjadi satu negara pada tahun 1963. Singapura
meninggalkan Malaysia pada Ogos 1965.
The
Malaysian Insider difahamkan slogan kempen dicadangkan oleh dua
perunding asing dan syarikat kajian pasaran selepas perbincangan dengan
pegawai-pegawai dari Jabatan Perdana Menteri.
“Perunding-perunding memperhalusinya dari prosa ‘Endless Opportunites’ yang digunakan dalam ucapan kepada ‘Endless Possiblities’,” katanya dan menambah tidak pasti sama ada perunding-perunding itu menyemak jika ada negara lain menggunakan slogan itu.
“Perunding-perunding memperhalusinya dari prosa ‘Endless Opportunites’ yang digunakan dalam ucapan kepada ‘Endless Possiblities’,” katanya dan menambah tidak pasti sama ada perunding-perunding itu menyemak jika ada negara lain menggunakan slogan itu.
Firma
pengiklanan dipanggil selepas itu untuk mencipta logo yang kemudiannya
digunakan Kementerian Pelancongan bersama slogan sebelum digunakan di
Davos.
The
Malaysian Insider pertama kali melaporkan berita tentang pelancaran
kempen pada 21 Ogos dan disahkan pada hari sama oleh Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak, mengatakan kempen ini melengkapkan dan bukan
menggantikan slogan 1Malaysia yang diperkenalkan pada 2009.
Najib berkata, ia adalah “kempen komplementari” dan kempen terkini itu adalah sebahagian daripada pelan menjenamakan negara.
“Ini akan mempromosikan Malaysia,” katanya yang dilihat menggunakan lencana baru kempen itu termasuk logo 1Malaysia.
Sumber
memberitahu The Malaysian Insider slogan “Endless Possibilities”
sebenarnya mahu dilancarkan sebelum hari mengundi, tetapi kerajaan
menangguhkannya bagi mencegah kemungkinan berlaku kekeliruan.
Pos
Malaysia sudah merancang untuk melancarkan setem baru bertajuk
Malaysia: Endless Possibilities pada 30 Mei 2013 tetapi tidak ada tanda
set setem itu.
Sumber
berkata, kempen baru itu sebenarnya bermula pada awal tahun ini di
majlis berprestij Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland dan
dalam beberapa program Pelancongan Malaysia.
Klip video berdurasi 60 saat yang memaparkan Najib juga dilancarkan dan disiarkan oleh penyiar berita global CNN.
Terdapat
juga beberapa pengiklanan bercetak dengan slogan baru itu dalam majalah
antarabangsa untuk tujuan perniagaan dan pelancongan sepanjang tempoh
lapan bulan lalu. Tetapi sumber berkata, penggunaan secara meluas akan
hanya berlaku selepas pelancaran pada 17 September ini.Sumber: The Malaysian Insider
Tiada ulasan:
Catat Ulasan