Selasa, 17 September 2013

Curi RM1 dipenjara 10 tahun, pemimpin Umno rasuah hukuman ringan


duit penjara


SHAH ALAM : Kerana seringgit, rakyat biasa diheret ke mahkamah tetapi jika melibatkan rasuah bilion ringgit pemimpin Umno BN, seseorang itu mungkin terlepas hukuman.

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin, berkata hukuman dwi-standard antara golongan marhaen dan pimpinan Umno BN tidak sepatutnya berlaku kerana undang-undang perlu dilaksana cara adil.

“Kita banyak kali menegur kerajaan kerana orang susah dan miskin dijatuhi hukuman berat kalau dibandingkan pemimpin Umno BN yang ada kes rasuah besar tapi dikenakan hukuman ringan.

“Terlalu banyak kes sebegini dan orang susah idak terbela kerana mereka tiada wang mencari peguam belas.

“Ini perlu diperbetul kerana tidak logik hanya kerana RM1 dipenjara 10 tahun, yang berbilion dikenakan dua tahun,” katanya yang dipercayai merujuk kes tuduhan rasuah terhadap Dr Mohamad Khir Toyo.

Beliau mengulas laporan akhbar hari ini yang memapar kes seorang lelaki berdepan hukuman penjara 10 tahun atas tuduhan mencuri RM1 pada 10 September lalu, di Kelantan.

Bercakap kepada TV Selangor, Zuraidah menyarankan pasukan guaman dalam Pakatan Rakyat memperjuang hal itu demi menegakkan keadilan kepada rakyat.- FZL

Tiada ulasan: