Khamis, 19 September 2013

Anwar pula beri keterangan pada RCI


MALAYSIA KINI
 
 
 
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini akan memberikan keterangan kepada suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berkaitan pendatang asing di Sabah, seminggu selepas bekas mentornya Dr Mahathir Mohamad berbuat demikian.

Bekas timbalan perdana menteri itu akan memberikan keterangan kepada suruhanjaya, yang diketuai bekas Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Steve Shim di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu.

Setakat ini, RCI telah diberitahu, terdapat unsur dalam dalam kerajaan persekutuan memberikan kerakyatan kepada pendatang Muslim dalam usaha mengubah demografi, sekali gus menyebabkan kuasa undi Kadazandusun dan Cina merosot.

Berdasarkan testimoni, operasi sulit yang dikenali sebagai "Projek IC" itu melibatkan banyak tahap dan telah lama berlaku sejak tahun 80-an lagi.

Ia dikatakan berakhir pada 1995 apabila beberapa individu, termasuk pegawai Jabatan Perkhidmatan Negara ditahan bawah Akta Keselamatan Perdana Menteri 1960.

Tiada ulasan: