KUALA
LUMPURR: Seramai 31 aktivis dan penyokong DAP masyarakat
Dayak dari 11 kampung di Sri Aman, Sarawak tiba di Kuala Lumpur semalam
dalam rangka lawatan ke Selangor bagi melihat sendiri pencapaian dan
pelaksanaan polisi kerajaan Pakatan Rakyat (PR) negeri ini.
Menurut Pengerusi DAP Sri Aman, Leon Jimat Donald, lawatan
pertama yang adalah sebagai perintis DAP negeri itu di mana peserta
berpeluang berinteraksi secara langsung dengan pemimpin parti dan PR.
“Selama ini masyarakat terutamanya di Sri Aman dan Sarawak
amnya hanya mendengar berita mengenai apa yang berlaku di Selangor dan
Pulau Pinang.
“Pada masa yang sama, tidak kurang juga fitnah dan persepsi
negatif dilontarkan terhadap kerajaan negeri pentadbiran PR oleh media
dan pemimpin Barisan Nasional (BN) Sarawak sendiri. Jadi hari ini kami
mahu buktikan apa yang ada di negeri PR jauh lebih baik berbanding apa
yang digambarkan,” kata beliau.
Selain itu, Leon berkata, rangka lawatan bertemu Menteri
Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dijangka penting
sebagai pendedahan kepada peserta membabitkan dasar merakyatkan ekonomi.
“Seperti di Selangor, ada banyak skim bantuan modal bagi mereka yang
mahu memulakan perniagaan, Skim Bantuan Mikro Kredit umpamanya telah
banyak membantu mereka yang mahu berniaga.
“Ini amat penting sebab kita tidak mahu masyarakat terus
terbelenggu dengan mentaliti subsidi. Kalau ini dapat diatasi, saya rasa
lebih ramai golongan miskin di Sarawak misalnya dapat keluar daripada
belenggu kemiskinan dan membina kehidupan baru,” ujar
beliau.-Roketkini.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan